Apa Yang Salah : Peraduan atau SMS ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Sekarang ini Celcom sedang giat dan mewar-warkan secara besar-besaran mengenai Peraduan 100 Hari 100 Kereta. Dipetik dari sumber akhbar, pihak Celcom berkata peraduan ini akan memberikan hadiah sebuah kereta Toyota Camry kepada seorang pemenang setiap hari!

Wah! wah! Seronoknya… Saya baca akhbar The Star semalam juga telah ada berita mengenai pemenang kereta tersebut.

2 hari lalu pula, saya menerima email dari salah seorang dari pelanggan yang pernah membeli ebook saya. Beliau bertanyakan saya tentang hukum peraduan yang dianjurkan Celcom tersebut. Saya agak sibuk kebelakangan ini, dan tidak sempat untuk membalas email beliau. Jadi saya taipkan sahaja jawapan saya dalam blog ini untuk dikongsikan bersama pembaca yang lain.

Beliau bertanya demikian kerana beliau berminat untuk menganjurkan peraduan SMS sendiri, tetapi agak ragu-ragu dengan hukum agama tentang peraduan ini. Ada dalam blog Ustaz Zaharuddin yang menyatakan peraduan SMS Celcom ini haram, malah berita terkini dalam Utusan Online juga memaklumkan Panel Syariah Jakim juga akan bermesyuarat pada Selasa ini untuk membincangkan isu ini. Pihak Celcom juga mengakui bahawa mereka tidak pernah merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai peraduan ini.

** Update news : Celcom menghentikan sementara peraduan ini atas permintaan JAKIM.

** Latest news : SKMM telah mengarahkan Celcom untuk memberhentikan peraduan susulan bantahan awam. SKMM juga mengarahkan wang dikembalikan. 🙂

Yang haram tetap haram..

Apabila ditanya tentang hukum, saya mengakui bahawa saya bukanlah orang yang tepat untuk ditanyakan tentang halal-haram nya sesuatu peraduan tersebut. Siapalah saya..

Tetapi dalam hukum agama ini, ada satu garis panduan yang jelas tentang halal haram.

Petikan dari laman blog Ustaz Zaharuddin :

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy” dalam sidangnya ke 14 pada 8 – 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Untuk bacaan lanjut disini.

Pertandingan melalui SMS juga haram ?

Kalau nak dikata buat peraduan yang haram, bukan hanya melalui SMS. Banyak lagi cara lain yang digunakan.

#1 : Melalui akhbar yang menghebahkan mengenai peraduan

#2 : Televisyen pun sama. Dulu pernah kena hentam sebab siarkan peraduan2 yang ntah apa2, tidak munasabah, dan merendah2kan tahap pemikiran penonton.

#3 : Internet. Penyalahgunaan untuk menipu dan berselindung disebalik alam maya…

Jadi haram ke semua media2 tersebut ? Tentunya tidak.

Bagi saya, SMS adalah satu saluran media sahaja. Sebuah media interaktif. Tiada yang salahnya untuk membuat peraduan melalui SMS. Sama seperti peraduan-peraduan yang lain yang dibuat di mana-mana media.

Tetapi apabila syarat2 peraduan tidak mengikut landasan yang dibenarkan Islam, mempunyai kadar keraguan yang tinggi, bersifat manipulatif dan sebagainya, bagi saya peraduan itulah sebenarnya yang haram, bukannya media.

Bukan SMS, televisyen, akhbar, atau internet.

Apabila anda ingin lakukan peraduan SMS..

Ikuti langkah yang lebih selamat :

#1 : Rujuk kepada pakar agama mengenai peraduan yang anda ingin jalankan. Anda fikirkan lah konsep peraduan anda, kemudian barulah jumpa mereka. Kalau konsep anda tidak melanggar hukum agama, insyallah tiada masalah. Ustaza Zaharuddin antara tempat rujukan yang paling baik apabila melibatkan perniagaan, kewangan dan pelaburan dalam Islam

#2 : Rujuk kepada undang2 negara. Asalkan anda tidak menipu, itu tidak mengapa.

Banyaknye peraduan SMS yang mengarut-ngarut

Kita tengok di Harian Metro, cukup banyak la peraduan SMS yang bukan2. Ada yang menawarkan bermacam2 hadiah. Halal atau haram peraduan itu, kita berbalik kepada bagaimana kita nak menilai peraduan tersebut.

Kebanyakan penganjur peraduan ini sebenarnya cuba mengambil kesempatan diatas jumlah pemilik telefon bimbit yang melebihi 20 juta orang. Kalau 1% yang sertai, dan setiap SMS dicaj RM5, sudah berapa wang yang diperolehi ?

Tentunya, kalau peraduan tersebut menggunakan wang yang dikumpulkan dari penyertaan melalui SMS tentunya haram.
Dan saya percaya, peraduan2 seperti ini tidak lama berada di pasaran. Disebabkan tamak haloba, mereka lupa bahawa teknik pemasaran dan perniagaan SMS ini perlu dikuasai dahulu. Tanpa ilmu, perniagaan apa pun tidak boleh pergi jauh.

Bukan semudah itu untuk menghalalkan benda yang sendiri pun tidak tau hukum hakamnya.

Wallahuaklam!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply