You are currently viewing Irwandahnil.com : Notis Perubahan

Irwandahnil.com : Notis Perubahan

Assalamualaikum semua.

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada yang telah lama follow blog aku ini. Siapa yang follow dari awal, blog ini bermula 2006. Sudah hampir 11 tahun, konten blog ini sudah banyak berubah.
.
Sebab aku pun sudah semakin tua, aku tidak lagi menulis tentang bisnes secara aktif. Jadi sesiapa yang ingin unsubscribe, aku tiada halangan. Jodoh  kita tidak panjang. Sampai disini sahaja.

Blog aku sudah mula berubah (sudah semakin cantik).. Haha.. Mulai hari ini aku berazam untuk kembali menulis. Setelah hampir 3 bulan kerja keras demi sesuap nasi, kini aku akan cuba istiqamah untuk tulis 3 topik yang aku suka.
.
1. Living Abroad : Pengalaman hidup di luar negara. Ala.. Tak payah kata aku tulis sebab nak lekehkan Malaysia. Hutang aku dengan Malaysia tidak terkira, niat aku mahu Better Malaysia.
.
Kalau esok Tuhan tanya ‘Hang pi oversea, bawak balik apa untuk kawan-kawan yang tak dapat pi?’

Takkan aku nak jawab fridge magnet kot. Mau kena panah petir nanti.

So aku tulislah sedikit, supaya jadi ilmu berguna. Bukan buat orang berlaga.
.
2. Travel & Tips :Dulu blog aku www.irwandahnil.com rajin tulis tentang travel tips. Tapi bila aku tengok orang cedok beriya, siap jual isinya, aku rasa kurang bernafsu dah. Nantilah aku cuba tulis balik. Lebih lagi tentang Scotland. True beauty, negara masih bergetah lawanya.
.
Currently aku buat #projektourleader supaya ramai orang boleh tengok negara luar. Next aku rasa nak buat ebook dan trip untuk orang yang berminat nak jadi personal shopper di UK. Boleh follow rerapat.
.
3. Tentang kehidupan. Sesekali aku terasa juga mahu tulis tentang isu semasa atau tentang negara yang mendewasakan aku. Aku ada buat bisnes travel & homestay kat sini di Glasgow. Sebagai orang normal, kat mana aku nak luahkan selain di wall aku. Eh?
.
Aku sedang sarat menunggu kelahiran buku travel aku yang pertama. Komrad Buku kata tidak lama lagi terbit la tu masa Pesta Buku KL bulan Mei nanti. Kau boleh menabung sekarang, supaya boleh beli untuk kawan-kawan sekali. Kahkahkah…
.
Berapa kerap aku tulis ? Aku cubalah seminggu dua kali. Tapi biasalah, lapang sebelum datangnya sibuk. Jadi tiap kali aku tulis, kau baca dan hadam. Kalau tidak tulis, maksudnya hormon aku tidak stabil.
.
Bagi yang baru follow itu, moga kau tidak menyesal. Butang unfollow sentiasa ada untuk kau tekan kalau lari dari niat asal. Yang sudah lama follow, terima kasih.
.
Catatan kontot hujung minggu
Irwan Dahnil
Aku bukan selebriti
Glasgow, Sekutland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply