Kalau anda dah gali lubang…

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Kalau anda sering mengunjungi blog saya, tentunya anda terperasan bahawa jarang sekali blog ini dikemaskinikan sepanjang bulan November. Balik-balik post lama je kan.

Sekarang tidak lagi!!!! Selama 3 bulan saya bergantung harap dengan talian internet dial-up, merangkak-rangkak, tetapi sejak semalam Celcom Broadband dah ada coverage. Alhamdulillah. So saya boleh kembali aktif seperti biasa.

Post kali ini bercerita mengenai masa lampau, bercerita mengenai ‘lubang hutang’ yang telah saya gali..

Biarlah anda menjadi penggali lubang emas bermula usia muda dari penggali lubang hutang malang yang sudah tua !

Sepanjang 8 tahun saya bergelar usahawan sepenuh masa, rupa-rupanya banyak betul lubang yang telah saya ‘gali’ tanpa saya sedari. Mungkin 8 tahun dahulu saya tidak mempunyai asas yang kuat dalam personal financial menyebabkan keadaan semakin teruk.

” Sudah lah banyak lubang yang digali, saya pula terjun masuk ke lubang. Ada pulak orang datang, tolong timbuskan lubang tersebut ”

1. Saya memulakan perniagaan pada awalnya dengan ikhlas ibu saya dengan meminjamkan sejumlah RM10,000 untuk memulakan perniagaan. Nampak macam menyeronokkan, tetapi sebenarnya pertama kalinya, tanpa saya sedari saya telah mula menggali lubang saya sendiri!

2. Saya sempat bekerja di sektor swasta selama 6 bulan sebelum berhenti dari makan gaji dan mula berniaga. Sepanjang 6 bulan, saya mempunyai 5 kredit kad dan setiap satunya sekarang mempunyai kredit limit sekitar RM7,000 – RM15,000!

3. Wang keuntungan dibelanjakan bukan untuk membeli aset ( dah tentunya tukar kereta, upgrade sport rim, atau seumpama dengannya)

4. Mempunyai tabungan konsisten setiap bulan, tetapi secara konsistennya juga membelanjakan tabungan !

5. Tidak membayar sebarang hutang yang mempunyai interest yang berterusan terlebih dahulu (seperti kredit kad) sebelum membayar hutang-hutang yang tidak mempunyai interest (seperti loan pada ibu saya. Biasalah, anak beranak biasanya takde interest 🙂 )

6. Tidak membuat pelaburan awal dengan wang yang ada. Sebaliknya wang mengalami inflasi mengurangkan kuasa beli pula. Dulu rumah sekitar RM150,000 sekarang sudah melonjak ke RM200,000!
Kesimpulannya, 3 tahun pertama saya berniaga, saya rasakan lubang saya terasa semakin dalam. Nak kata berniaga tak laku, tidak juga. Malah ada juga kontrak dan tender yang mencecah jutaan ringgit.

Memang dahulunya duit tidak terasa di tangan!

Anda fikir-fikirkan. Berapa ramai diantara kita yang mengalami masalah yang sama seperti saya.

Istilah berniaga ‘cukup makan’, cukup untuk bayar gaji staff, sewa utiliti dan sebagainya.

Untuk mengelakkannya, mudah sahaja. Anda jangan buat lubang seperti yang saya nyatakan diatas. Kalau nak buat lubang sekali pun, take a full control of credit or loan repayment.

Pastikan lubang anda semakin lama semakin ditutup tetapi bukan dengan menggali lubang baru 🙂

Jangan teruskan biarkan diri anda berada dalam… lubang!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply