You are currently viewing Catatan Kembara #265 : Hentikan Covid-19, Berehat Dari Travel Seketika

Catatan Kembara #265 : Hentikan Covid-19, Berehat Dari Travel Seketika

Aku tulis ini sebab terbaca satu post dalam group kembara yang kondem orang-orang dalam media sosial yang tidak menggalakkan atau halang orang travel sekarang ini sebab COVID19.
.
Dikatakan ini membantutkan semangat orang mahu kembara, dan juga menjadi media yang menakutkan orang untuk tidak travel.
.
Astaghfirullah. Bukan begitulah.
.
Travel ini adalah pilihan. Lainlah kena acu pistol di kepala. Waima bos suruh sekali pun,tiada yang boleh paksa sebenarnya.
.
Satu benda yang kena sedar serius Covid 19 ini adalah kemampuan virus ini merebak dengan cepat dan tiba-tiba. Satu orang yang sakit boleh menjangkiti 2 orang yang lain begitu sahaja.
.
Bila bersin atau batuk, maka partikel virus ini boleh tersebar sejauh 1 meter. Jika tidak terus kepada mata atau mulut, ia boleh tersentuh dengan tangan. Jika tangan tidak dibasuh dan terkena mata atau mulut, maka akan berlaku jangkitan.
.
Berapa orang travel dalam satu hari ? Bayangkan berapa ramai yang ada di airport, atau berkongsi kerusi dalam flight, kapal atau bot? Ramai gila kot.
.
Dan berapa ramai pula yang rajin sangat mahu cuci tangan, bawa sanitizer dan pakai mask sentiasa? Mahu bergambar ketika travel, buka juga mask tu.
.
Covid19 ni sudah tersebar jauh benar. Bila sudah ada satu negara pusat penyebaran, tetangganya dengan cepat terjangkit.
.
Dari Wuhan berjangkit ke seluruh China.
Dari China terjangkit ke seluruh Asia
Dari Italy terjangkit ke seluruh Eropah
Dari Iran terjangkit ke seluruh Timur Tengah
Di USA pun sudah ada.
.
Afrika pun. Harapkan kutub utara selatan je lagi tidak terjangkit. Itu pun tunggu masa.
.
Jadi bila ia akan terhenti? Bila sejumlah populasi sudah berjangkit. Bila majoriti sudah terkena wabak dan ada orang yang mati. Atau ubat sudah ditemui.

Tapi tidak akan kita mahu tunggu sampai begitu ?
.
Yang aku baca adalah dengan cara kita memperlahankan penyebaran. Antara caranya adalah dengan cara isolasi atau kuarantin.
.
Dalam skala besar, akan menghalang sebarang kemasukan manusia yang pernah ke kawasan epidemik.
.
Semua tahu, negara China top of the list. Semua negara tidak mahu terima pelancong dari negara ini. Walaupun sekadar transit. Diikuti oleh Korea dan Itali. Dan list ini masih tidak terhenti.
.
Mahu tengok macam mana halangan Malaysia untuk masuk ke negara lain ?
.
Bahrain memang sudah block terus. Tidak boleh masuk. Eygypt pula minta health card dan pelancong dari Malaysia dan dipantau selama 14 hari.
.
Bercuti hapanya kalau kena monitor begitu?

Ada negara pula wajibkan ada medical certificate beberapa hari sebelum ketibaan. Solomon Island mewajibkan orang yang datang dari Malaysia untuk terus masuk kuarantin atau isolasi.

Ada sesiapa mahu ke Solomon Island anyway?

Apa perasaan, kita sampai ke negara tersebut, terus masuk kuarantin. Tentulah pengalaman melancong yang ‘indah dan tidak dapat dilupakan’.

Saudi contohnya, menghalang langsung pelancong untuk masuk. Berapa ramai bakal haji & hajjah menitiskan airmata bila jemputan Allah yang hampir punah.

Mahu tengok halangan kemasukan ke sesuatu negara boleh rujuk laman web ini : https://www.iatatravelcentre.com/internation…/1580226297.htm
.
Dengan cara isolasi penyebaran Covid19 ini boleh diperlahankan. Halangan masuk ini bukan tidak elok. Ia adalah kaedah untuk menghalang penyebaran tidak terkawal.
.
Google Inc arahkan 8,000 kakitangan di Dublin untuk bekerja dari rumah. Iran bebaskan 54,000 banduan di penjara kerana mengelakkan kes penyebaran. Ini untuk mengelakkan berada di tempat yang ramai orang.
.
Ini adalah isolasi.
.
Seluruh dunia mengambil kaedah isolasi dan kuarantin. Jadi mengapa kita tidak sokong sahaja kaedah yang diusahakan ?

It is a multiple effort of many people. Kalau seorang buat tidak menjadi.
.
Hanya sebab tiket flight murah atau sebab cuti boss sudah approve? Kalau rasa mahu travel juga sebab semangat membara, silakanlah. Tiada yang menghalang, pandailah jaga diri masing-masing. Tengoklah berapa banyak negara terjangkit.
.
Jika ada simptom jangan susahkan orang lain. Self-kuarantin.
.
Tapi kalau masuk Malaysia, sah-sah kuarantin 14 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Boleh sehingga 24 hari pula.
.
Malas aku mahu beri nasihat.
.
Kalau rasa badan sangat kuat, fikirkan sejenak orang-orang yang disekeliling kita. Doktor dan nurse yang menjaga dan merawat. Fikirkan juga tentang keluarga, pasangan dan anak-anak.
.
Doktor perubatan dan nurse juga terjangkit. Di China, doktor yang mengubat pesakit ini sudah pun mati. Begitu juga dengan orang yang terlibat dengan orang ramai.
.
Mereka golongan high risk yang terpaksa mengadap ‘orang degil’. Adakah patut kita yang seronok bercuti, tapi dalam masa yang sama meletakkan ancaman pada orang lain?
.
Korbankanlah kepentingan diri seketika, asalkan ia menjadi kebaikan untuk seluruh dunia. Sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat untuk orang lain.
.
I rest my case. Sebab aku sayang orang disekeliling aku. Keluarga, anak-anak aku.
.
Kalau korang pun begitu, SHARE kan artikel ini. Moga isolasi seketika ini berjaya. Yang penting kita usaha.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Jangan Cari Penyakitlahh

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply