Tahun lepas ada sekali aku apply kerja part time kat Glasgow. Selang seminggu aku dapat email. Panggil interview.
.
Kelakar. Sudah tiada calon agaknya sampaikan aku yang tiada pengalaman pun dipanggil. Disenarai pendek kawan. Boleh tahan.
.
Hari interview aku pakai baju suit bertali leher. Hensem. Berdebar, masuk dengan yakin, salam dan dipersilakan duduk. Depan aku ada seorang profesor, seorang manager dan seorang specialist.
.
Intro lebih kurang, profesor tu toleh ke komputer. Belum sempat cerita buka mulut, nampak akaun FB aku sudah terpapar di skrin. Ohoi!
.
Rupanya blog aku pun dia sudah baca. Siap tekan butang translate. Rupanya profil aku sudah di skrin awal-awal. Paling tidak tahan, nama aku siap di Google lagi. Terasa ‘ditelanjangkan’
Nasib baik aku tulis yang baik-baik. Aku tidak dapat job. Bukan rezeki tapi aku belajar pengalaman mahal hari itu.
.
1. Zaman sekarang akaun sosial media kau memang jadi rujukan pertama majikan. Biar apa pun tujuan kau pakai FB tapi itulah yang kau gambarkan pada semua orang. Kau pernah Google nama sendiri ?
.
2. Menggunakan nama sebenar dan foto asli sangat membantu meyakinkan majikan. Kalau kau letak foto profil gambar kucing dan nama bukan sebenar, apa kau nak jawab dengan majikan?
.
3. Kau tulis benda elok. Bukan meroyan, meraban atau merepek. Malu dengan majikan bila dia tengok kau beriya cerita tentang Buntat.
.
4. Apa yang kau share menggambarkan apa yang kau minat atau isu yang menarik bacaan. Risiko paling tinggi bila share cerita poltik.
.
5. Kalau kau asek kempen jual tudung kat FB atau Insta. Majikan mana yang rasa beruntung kalau rasa bayar gaji untuk pekerja buat bisnes online. Masa opis pulak tu.
.
Aku percaya kau lebih baik dari itu.
.
Bila kita mahu berhubungan dengan orang, kita belajar hargai diri sendiri dulu. Orang akan pandang kita seperti apa yang kita gambarkan pada orang lain.
.
Zaman sekarang media sosial ini lebih telus. Sekali kita skrol wall orang kita boleh tahu apa jenis punya manusia. Mungkin tidak tepat, tapi biasanya andaian kita tidak meleset jauh.
.
Biar kita tidak sebaik mana, tapi kalau jahat pun jangan mendabik dada. Kalau bukan manusia menilai kita, Tuhan itu ada. Malaikat mencatat tanpa lupa.
.
Aku ingatkan je.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Sahabat baik anda
Glasgow, Sekutland
Nota : Catatan ini boleh diSHARE jika bermanfaat. Kalau bikin gaduh tak payah. Boleh saja follow FB Irwan Dahnil jika mahu.
Nota update : Ada yang tanya apa sebab aku tidak dapat kerja. Aku tidak dapat kerja sebab mereka cari orang yang mahir bidang. Aku pula dipanggil shortlisted interview sebab social media appearance aku lebih impressive. Kah!
Diorang kata, bukan aku kata.
Bab menulis memang hebat. Banyak idea sangat. Bab social media apperance pun hebat..