You are currently viewing Langkah Berkesan Untuk Mula Mengembara

Langkah Berkesan Untuk Mula Mengembara

Akui sahajalah. Kita ini orang yang kurang berani mengambil risiko. Mahu kembara, tapi tidak mahu berbuat apa-apa.

“Macam mana..”

“Kalau …..”

“Susah…”

Kalau macam itu di fikiran, memang tidak ke mana.

Ikuti langkah berikut kalau anda sepert golongan di atas.

STEP 1. Beli tiket flight ketika promosi. Ke mana-mana destinasi yang belum pernah diterokai.

STEP 2. Cari tarikh sesuai. Tarikh yang boleh dapat cuti, tarikh yang free. Bukak kalendar tahunan. Biasanya promosi penerbangan boleh jadi seawal 3 bulan sebelum. Jangan beli tarikh yang terlalu lama seperti setahun akan datang. Macam-macam boleh jadi.

STEP 3. Beli ‘pejam mata’. Jangan bebankan fikiran dengan kos, transportation, makan, duit dan hotel. Beli saja dengan hati yang yakin. Yang lain tidak perlu difikirkan. Anggap sahaja pembelian itu yang terbaik dan paling betul!

Selepas itu apa ? GOOGLE kan ada !

Kalau Step #1 tidak dibuat, sampai bila pun tidak sempat mengembara. Ramai yang mahu mengembara, tetapi dikatakan tidak bersedia.

Majoriti akan bersedia untuk kembara selepas membeli tiket flight. Terpaksa kerana tiket sudah ditangan. 90% orang yang saya kenali, mula kembara kerana sudah membeli tiket. Mereka tiba-tiba menjadi pandai mencari maklumat kembara. Magis 🙂

Masih ragu-ragu ? Cuba beli tiket flight hari ini. Masa beli pura-pura seperti anda sedang cucuk duit di ATM. Terasa kaya. Kemudian baru fikir.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply