You are currently viewing 7 Perkara Yang Aku Tak Tahu Ketika Datang ke Kazakhstan (Part 1)

7 Perkara Yang Aku Tak Tahu Ketika Datang ke Kazakhstan (Part 1)

Kalau Google macam mana pun, susah betul nak dapat maklumat yang tepat dan boleh diikuti.

.

1. Bahasa

Belajar sedikit bahasa Russia. Walaupun ramai orang Kazak bercakap English, tetapi orang Russia juga ramai disini. Lebih jauh ke kawasan terpencil, English bukan lagi bahasa perbualan. Contoh untuk dapatkan teksi sapu dan nak bagitau dimana nak berhenti. Mencabar beb.

.

2. Tukar duit

Matawang adalah Tenge. Menggantikan wang Ruble Russia sejak 1993. Bukan selalu dengar perkataan Tenge ni kan.

.

Ketika check in hotel, kad kredit aku tidak diterima, nasib baik dia bagi check in dulu, dan esok baru bayar cash. Jadi kena tukar duit siap-siap. Sekurangnya bawa duit USD atau GBP sebagai standby.

.

3. Pengangkutan Awam

Untuk dalam bandar, teksi atau e-hailing kita boleh gunakan. Tapi untuk perjalanan keluar ke Kolsay atau Charyn Canyon, carilah tour operator yang boleh dipercayai. Serius weh, tempat jauh begitu, tidak ramai orang pergi, nak jumpa teksi atau public transport sangat susah. Backpacker yang nak naik bas, boleh bersedia untuk hitchhike atau tumpang kereta orang.

.

4. Kawalan sempadan

Ketika melintas sempadan ke Kyrgyzstan, semua dikehendaki turun dan beratur untuk cop passport. Anjing digunakan untuk hidu beg dan dari situ kena berjalan melintas ke negara sebelah. Jangan bawa buku-buku atau bahan bacaan terlarang seperti fahaman politik kerana isu seperti ini sensitif dan bukan bahan perbualan umum.

.

5. Cuaca

Cuaca disini extreme. Julat beza suhu sangat tinggi. Bila musim panas, berpeluh sangat, dan waktu winter boleh turun ke -20 darjah. Jangan tak pakai stoking, baju memang kena tebal. Nothing like Europe yea kawan-kawan. Memang melampau sejuk kat sini.

.

6. Makanan

Silap aku takut betul nak makan kat sini, sebab bentuk dia lain macam sikit. Rupanya ada banyak makanan yang sedap dan lazat. Seperti beshbarmak, makanan tradisi daging Kazak dan mee, atau nasi plov. Lebih dari cukup untuk buat kenyang sepanjang hari. Halal sudah tentu dikebanyakan tempat.

.

7. Budaya Tempatan

Orang Kazak sangat baik, warm dan sangat merendah diri. Mereka hormati pelancong dan sebagai negara Muslim, mereka sehinggakan jemput kita datang ke rumah. walau kadang bahasa mereka mungkin kedengaran agak kasar dan keras, tetapi tidak di hati mereka. Alhamdulilah, aku jumpa orang yang baik-baik.

.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Almaty, Kazakhstan

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply