Pengaruh Soviet selama lebih 100 tahun, tapi Islam Sunni membentuk 83% populasi negara yang penduduk sekitar 5.5 juta orang.
Satu²nya bandar di sini adalah Bishkek. Selebihnya 90% negara Kyrgyzstan ini adalah pergunungan.
Landscape indah negara yang diapit oleh Banjaran Tien Shen yang glacier mencair masuk ke Issykul Lake.
.
Asyik.
.
Kehidupan mereka secara nomad, berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk kelangsungan hidup. Bangsa berkuda ini unik.
Yurt ini dibina setiap kali menemui tempat baru dan bila pindah, sebuah yurt secara purata 400 kilo itu akan dipikul oleh seekor unta.
.
Unik.
Sejarah seawal 1876 sebelum kedatangan Soviet, bermula 40 puak yang terpecah dan tinggal di pergunungan, dan membentuk satu negara yang dipimpin oleh wanita besi Kurmanjan Datka.
2014 filem mengenai wanita ini ditayang di Youtube meraih 2.9 juta tontonan.
Selama hampir 2 tahun Soviet cuba menakluk orang Kyrgyz. Tetapi gagal.
Soviet mengalah, dan akhirnya Kyrgyzstan berdamai dalam jajahan Soviet selepas itu.
Negara ini bebas sepenuhnya pada 1991 selepas runtuhnya Kesatuan Soviet.
Ia masih jauh perlu membangun. Mungkin 30 tahun ditinggal Malaysia.
Kedatangan aku ke negara ini, membuka mata. Banyaknya tentang dunia yang bagi aku masih misteri.
Mungkin kita telah terdidik dengan sistem kolonisasi British, maka negara pecahan Soviet ini tidak banyak yang tahu.
Ia regim yang berbeza. Bahasa, budaya dan orang²nya.Tiada dalam buku teks kita. Tidak seperti cerita bangsa di England, pengetahuan kita sangat sedikit.
Carian di internet juga terhad.
Negara pecahan Soviet ini bagi aku ibarat buku baru. Yang harus aku baca, fahami dan hargai. Banyak yang aku mahu belajar.
Supaya ia memberi makna, bahawa hanya agama yang mampu memegang hati2 orang pergunungan yang masih utuh sehingga sekarang.
.
Hunger for more.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Karakol, Krygyzstan.