You are currently viewing Eid Mubarak, Glasgow Scotland

Eid Mubarak, Glasgow Scotland

Atas jutaan sebab, sangat bersyukur pada Allah.  Tahun ini buat pertama kali menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri di perantauan. Jauh di bumi Glasgow, UK. Selain dari kesedihan berada jauh dari orang tua, aku rasa pengalaman ini seronok dari kebiasaan beraya di Malaysia.

Catatan perjalanan kali ini  aku ingat sampai bila-bila.

Di Glasgow, pengumuman raya di buat di website/page masjid sahaja.
Di Glasgow, pengumuman raya di buat di website/page masjid sahaja.

Tahun terdahulu disini sudah menjadi lumrah sambutan raya pada hari berlainan yang disebabkan oleh pelbagai mazhab dan juga ikutan qariah masing-masing. Masjid lain beraya pada hari yang lain. Begitu juga dengan tarikh 1 Ramadhan yang berbeza di setiap masjid.

Tetapi kali ini masjid utama di seluruh Glasgow bersetuju merayakan 1 Syawal pada hari yang sama. Sehingga jam 10.30 malam 29 Ramadhan  barulah keputusan tarikh raya diketahui selepas imam-imam bermesyuarat.

Ironinya, dalam masa yang sama seluruh UK termasuk Scotland merayakan Aidil Fitri pada 17 Julai, sehari lebih awal dari Glasgow. Begitu juga Malaysia dan kebanyakan negara lain di dunia. Gagahkan diri sambung puasa lagi sehari. Pun  begitu, ada juga orang Malaysia yang beraya awal! Tepuk dada tanya iman. Tak sabar dah rasanya selepas berpuasa sebulan 20 jam setiap hari.. Maka beruntunglah Malaysia, Islam dan aturannya ditadbir baik.

Pagi raya as usual, aku telefon ke Malaysia dahulu. Ucap selamat lebaran dan maaf zahir batin kepada orang tua dan keluarga. Pakai baju cantik-cantik dan bergegas ke majlis solat Aidilfitri dan sambutan hari raya Komuniti Malaysia Glasgow bertempat di Calton Heritage berhampiran dengan Glasgow Green.

9.30 pagi  aku dan famili tiba dan  bentangkan sejadah yang dibawa. Dan mulalah bertakbir mendayu-dayu ala Malaysia. Rasa sayu je teringat kampung. Jam 10 pagi, solat raya pun bermula dan diikuti dengan bacaan khutbah raya.

Khutbah Raya
Khutbah Raya!

Selesai khutbah bersalaman dan aktiviti utama bermula. Makan! Diselangi dengan persembahan kanak-kanak.

Serius, terima kasih kepada penyumbang makanan. Nasi impit, rendah, gulai dan kari kambing. Semangat kekitaan itu lebih penting dari menu hari itu.

One for the album. Thank you Allah.
One for the album. Thank you Allah.
Glamer tak abang masuk paper satu famili ? Heheh
Glamer tak abang masuk paper satu famili ? Heheh

Hakikatnya dengan kehadiran komuniti Malaysia yang lain, aku tidak terasa sangat berada kejauhan dari Malaysia. Alhamdulillah, ia pengalaman yang indah untuk aku.

Nota : Dahulu aku selalu tengok kawan-kawan aku masuk suratkhabar Salam Aidil Fitri dari perantauan. Tahun ini giliran aku. Berita Harian dan Harian Metro. Dua-dua aku masuk. Gila glamer tak ? 🙂

Sempena Syawal ini, aku dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua follower dan pembaca blog. Maaf Zahir dan Batin

Disclaimer : Kebanyakan foto adalah milik Komuniti Malaysia Glasgow. Fotografer Ben (Jairi). Tiada kredit untuk penulis.

 

 

 

 

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply