Okay. Aku dah boleh menarik nafas lega! Sebab sepanjang 2 minggu yang lalu, 3 orang tetamu pertama datang menginap di bed & breakfast yang aku baru perkenalkan. Aku agak nervous sebab aku rasa ini aku je orang Malaysia start buat perkhidmatan macam ni di Glasgow. Maunya kalau takde orang datang, arrghhh!! Mulalah tu nak sabotaj diri sendiri kan ?
Alhamdulillah, ia pengalaman yang luar biasa. Serius, ini diluar jangkaan aku. Selama mereka berada di sini, mereka sangat gembira, rasa sangat selesa dan selamat. Mereka memberikan 5 bintang beb! Terharu aku.
Aku akui kerana bukan kerana izin Allah, projek ini tidak akan menjadi. Aku duduk dan terfikir banyaknya hikmah yang aku pelajari bila melalui saat ini.
1. Memenuhi expectati0n manusia itu suatu pengalaman ‘ngeri’
Masa aku travel, aku sangat particular bab penginapan ni. Mesti selamat dan selesa. Yang paling hampas, aku nak murah! Hahah. Bukan aku sorang je macam tu, aku rasa semua macam tu kan. Itu memang ciri pelanggan tipikal. Bisnes ini buat aku rasa kadang-kala memenuhi apa yang orang mahu itu suatu pengalaman yang tidak berkesudahan. Citarasa orang lain-lain, kemahuan berbeza. Kalau aku nak penuhi semua sampai bila pun aku takkan start buat BnB ni. Jadi aku belajar untuk manage expectation supaya lebih realistik.
Aku berterima kasih to my other half sebab jadi quality controller untuk projek aku ni. Lebih lagi citarasa hiasan dalaman aku agak ke laut. Nak buat BnB aje, tapi service macam hotel 5 bintang. Where got road…?
2. Bila diri tidak tercabar, campakkan diri ke dunia baru
Kali terakhir aku in serious business was about 5 years ago. Selama itu juga aku diam je. Kurang bermotivasi selepas aku dah capai apa yang aku mahukan. Aku tidak terlibat dengan bisnes secara serius, sebab aku rasa tiada cabaran baru. Aku agak bosan dengan permainan buat bisnes di Malaysia. Aku mahu kelainan, aku kena cabar diri buat benda baru.
Dan sekarang aku kat Glasgow. Haha. Kat bumi Scotland ni la baru la terkial-kial buka kitab bisnes dulu-dulu. Memang mencabar sebabnya bisnes di UK ni tentunya tak sama strateginya dengan di Malaysia. Aku akui, cabaran buat bisnes ni just about to make a better me. Whatever doesn’t kill you, will make you stronger kata lirik lagu. Susah tu memanglah, tapi aku suka dan rasa sangat rewarding. Banyak benda yang aku buat sendiri termasuklah cuci jamban dan bilik air sampai berkilat. Bab marketing pun buat sendiri je pakai blog. Korang tau tak sebenarnya, video testimonial tu aku buat sendiri je .. Heheh…. Terima kasih kepada sokongan kawan-kawan juga.
3. Jika tidak mampu travel, bawa traveler ke rumah untuk secawan kopi
Aku memang minat kembara ni. Tapi aku ada 3 orang anak yang comel (macam aku). Aku tak boleh nak tinggalkan mereka selalu. Mereka memerlukan perhatian seorang bapa yang prihatin terhadap perkembangan pembelajaran insaniah mereka (ayat ni agak memuntahkan aku sendiri). Nanti jangan sampai pula, dorang lupa muka bapa dorang. So, aku limitkan masa aku travel dalam setahun.
Meroyan ? Mestilah. Bila tengok kawan2 update FB atau Instagram, muka aku tukar macam ayam berak kapur. Panas je rasa. Korang tau tak nikmatnya dapat berkenalan dan buat kawan baru ketika travel ? Kawan2 dari Greece, German, Jepun, US dan seluruh pelosok dunia. Mereka buat aku ‘kaya’.
Aku hilangkan kesedihan aku dengan buat bed & breakfast. Aku harap akan sentiasa ada tetamu dan traveler yang datang untuk aku berborak dan bertukar fikiran. Dapat menghilangkan rindu aku menanti trip travel aku akan datang. Seronoknya berborak tentang traveling dengan melayan secara kopi harum panas-panas. Memang aku rasa mereka datang sebagai tetamu, dan pulang sebagai rakan baru aku.
4. Musibah itu ada hikmatnya
Serius, masa aku buat ni matawang Ringgit sedang buat aksi terjun tiruk menjunam. Kadar tukaran wang sangat tidak memihak kalau mahu buat bisnes dalam Ringgit sedangkan aku kat UK menggunakan Pound Sterling. Jadi aku rasa, aku nak ambil kesempatan ini untuk try buat duit dalam Pound. Orang kata dalam setiap musibah ada hikmah. Jadi kejatuhan Ringgit aku anggap sebagai hikmah untuk aku manipulasikan. Siapa taknak pendapatan dalam Pound ye tak ?
Ramai yang mencari kerja di luar Malaysia, tapi aku rasa aku buat bisnes di luar Malaysia. Yang penting duit dalam matawang Pound.
5. Pelaburan tidak lebih RM1000
Kemudiannya, aku buat BnB ni dalam rumah aku sendiri je. Ada satu bilik kosong dengan bilik air tersedia. Aku rasa jika aku make-up sikit maybe sudah menjadi lebih selesa. Untuk memulakan dengan kos yang tinggi itu bukan pilihan, Lagi pun aku cuba-cuba je dulu.
Pada awalnya aku rasa macam mahal untuk mulakan projek ni. Tapi bila aku kira-kira balik, rupanya ada cara yang lebih jimat untuk memulakan apa yang ada. Contohnya, aku upah anak aku cuci bilik air dan lap cermin, Aku kasi upah £5 sorang. Hahah.. Jimat. Lepas tu aku belikan set duvet dan alas katil yang baru.
Aku tahu antara ciri yang orang mahu adalah katil yang selesa supaya dapat tidur yang nyenyak. Jadi aku rasa ini pelaburan terbesar aku. Selain itu aku beli tuala yang fluffy gebu sedap dipakai dan juga beberapa alas kaki. Untuk kelihatan tersusun aku beli tiang untuk gantung baju supaya senang orang nak susun barang. Beli sebotol sabun tangan dan mandi.
Kemudian aku pegi ke car boot sale dan cari barang-barang hiasan dalaman. Barang seperti frame gambar, lampu tidur dan sebagainya aku beli dengan harga £1 sahaja, tapi hasilnya memang luar biasa. Memang lampu tidur tu bagi kesan homely la aku rasa. Macam ngantuk je bila masuk bilik. Heheh. Last sekali aku spray bilik dengan air fresher berharga 70pence. Dah wangi macam bilik pengantin.
Aku sebenarnya agak terkejut juga dapat memulakan projek ni dengan total cost sekitar £120 sahaja atau sekitar RM700. Bangga dapat jimat banyak, Kat Malaysia mana dapat!
Doakan ya projek aku ni berjaya. Dari Malaysia ke Scotland, jiwa usahawan aku tidak pernah padam. Kalau korang berminat untuk jadi kawan aku di Glasgow, jemput datang ke BnB aku. Maklumat lanjut ada disini.
Wassalam
***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!
Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE di bawah.
***************************************************************************************************************************
bestnyaa….terinspired….kalo ade peluang nak buat plak homestay kat Wales..hehehe