You are currently viewing 7 Sebab Mengapa Anda Perlu Mengembara
Bergun, Swiss

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Mengembara

Mengembara tidak sama dengan melancong. Aktiviti yang lebih kurang serupa, tetapi hasil yang diperolehi tidak sama. Mengembara bererti kita meneroka dengan lebih detail sesuatu tempat. Melancong mungkin lebih ringan dan santai, ‘been there’. Mengembara meluaskan skop pemikiran.

1. Anda akan berjumpa dengan orang yang luar biasa. Anda akan berkenalan dengan ramai kawan baru. Okay, mungkin bukan kawan. Cukup sekadar kenalan. Cuba bercerita dengan mereka tentang kenikmatan mengembara, mereka akan cerita pula destinasi kembara mereka. berbalas cerita. Apabila mendengar sahaja keseronokan destinasi tersebut, masing-masing saling memasang niat untuk pergi ke destinasi tersebut. Mereka mungkin akan menjadi tempat rujukan. Silap haribulan, mereka akan menjadi rakan kembara anda. Seronok!

2. Pengertian kebebasan mutlak. Apabila melakukan perjalanan sendiri dan mula bertemu dengan pengembara yang lain, akan wujud bekerjasama. Anda yang selama ini mungkin hanya terbatas dengan aktiviti di bandar sahaja, tiba-tiba mahu mencuba bungee jumping, atau mendaki gunung dan banjaran. Atau mungkin tiba-tiba mahu mencuba menyelam skuba dan meluncur ombak. Hanya dengan pengembara lain sahaja yang dapat memudahkan anda melakukan sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.

3. Kembara adalah untuk pemberani. Bukan riak mendabik dada menyatakan kita tidak takut walau rimau datang menerkam. Tetapi kembara bersendirian mencabar ketakutan dan rasa tidak yakin. Ini memberi makna yang besar, terutamanya jika ia adalah pengalaman kembara solo pertama. Masalah bahasa, makanan, matawang, pengangkutan awam adalah beberapa contoh perkara yang menimbulkan kebimbangan. Belum lagi ancaman pencopet seperti yang ramai pelancong. Fuh! Fikir dua kali mahu jalan seorang diri. Suara kecil di dalam kepala saya, bertanya: ” Bagaimana jika ada masalah? ” ” Bagaimana jika anda mendapat masalah.” Di Eropah contohnya, banyak tandas tidak mempunyai paip air. Cuma menggunakan kertas tisu. Begitu juga di negara China. Sanggup ?

4. Jatuh cinta. Ok. Ini agak provokatif. Yang pasti, akan jatuh cinta dengan budaya dan suasa di tempat orang lain. Pengalaman saya di Eropah, belum membuatkan saya jatuh cinta dengan orangnya, tetapi cukup menyebabkan saya menghormati kemajuan pemikiran mereka. Saya jatuh cinta dengan negara itu. Cukup bersih, berdisiplin. Sehingga saya pernah melihat Islamnya peradaban mereka. Saya melihat Islam dalam negara bukan Islam. Sama ada ia akan menjadi satu cinta musim panas yang hebat tiada siapa yang tahu tetapi banyak orang di luar sana dengan yang orang mengembara terus menetap disitu dan tidak mahu kembali. Ini cerita-cerita yang menakjubkan.

5. Ini adalah masa anda dengan diri anda sendiri. Akan terbit suatu perasaan yang luar biasa. Cara anda melihat diri anda. Cara anda berfikir dan cara bertindak. Tiada masa yang lebih baik untuk muhasabah diri sendiri kecuali mengembara keluar dari rantaian hidup biasa. Mekah dan Madinah adalah tempat yang tiada tara kedamaiannya. Luar biasa. Banyak juga bangunan dan tempat yang membuatkan anda berfikir betapa besarnya nikmat yang Tuhan berikan.

6. Memupuk perasaan dan mencipta diri sendiri yang baru. Jika anda seorang pemarah, kasar atau selalu komplen tentang kehidupan. Itu anda akan tinggalkan di belakang. Anda tidak lagi di dalam setting kehidupan biasa yang akan menyebabkan anda marah-marah. Faktor persekitaran boleh mengubah anda menjadi lebih baik.

7. Tidak semua orang mampu mengembara. Kekangan masa dan wang ringgit. Ini adalah suatu pencapaian peribadi. Cuba lihat rakan sekeliling anda. Berapa ramai yang telah mengembara sejauh dunia terbentang. Tidak semua.

// Irwan Dahnil merupakan pengembara dunia sejak 2010. Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia dan kini menetap di Glasgow, United Kingdom.

// Nota diatas terbit di catatan awal di https://www.facebook.com/notes/safarnama/7-sebab-mengapa-anda-perlu-mengembara/602804196468464

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 3 Comments

  1. thrulife

    Tiap2 tahun saya pastikan saya simpan duit sikit unt travel. Jauh perjalanan luas pandangan, Org yg travel lebih mudah memahami dan menerima perbezaan budaya dan cara hidup org lain. Lebih toleran.

  2. irwan.dahnil

    Tabung cap ayam jugalah yang berkesan 🙂

  3. Aida

    Hai. It just a simple question. When buying the international flights, should put binti or not?sorry it is quite confusing. Thanks.

Leave a Reply