You are currently viewing Muka Melayu atau Mongolia?

Muka Melayu atau Mongolia?

Masa aku keluar dari airport Almaty haritu, pegawai imigresen tu pandang aku atas bawah, kecil besar, berkali-kali. Lama dia telek passport aku.
.
Dia tanya aku soalan dalam bahasa Russia, sepatah pun aku tak faham. Dia geleng-geleng dan kemudian bawa passport aku masuk dalam pejabat.
.
Ah! Sudah. Aku mula rasa lain macam.
.
Orang disini pula majoriti bercakap bahawa Russia dan Kazakstan. Tak reti sangat bercakap English. Aku pulak sebaliknya, memang ayam sudu dengan angsa la bercakap.
.
Tiada pilihan, aku terpaksa tunggu di kaunter immigresen tu seperti penjual kacang putih yang lesu.
.
Kalau diorang tahan aku macam mana? Kalau terlepas flight macam mana? Fikiran aku mula fikir macam-macam.
.
Tidak berapa lama lepas tu, keluar seorang pegawai lain. Dia senyum, sambil pegang passport. Kat belakang dia mengekor pegawai kaunter tadi.
.
Dia pun bagitahu diorg suspect aku pakai fake passport.
.
What?
.
Aku lepas keluar masuk Europe beratus kali selamba je, sampai orang ingat aku orang Spain atau Italy.
.
Muka anak minang macam ni, takkan la pakai fake passport.
.
Nasib baik masa itu, 3 tour leader dah lepas imigresen, dan tunggu aku kat depan, masih ada kat depan kaunter. Mengekek diorang tengok aku terkial-kial.
.
Bila dia tahu kami traveling bersama dengan tour leader yang lain, akhirnya passport dichop dan aku dilepaskan.
.
Lega.
.
Tapi lepas tu, aku berfikir panjang. Dengan muka bersegi, rahang besar, tulang pipi tersembul, muka aku ni keturunan mana lah agaknya.
.
Cop imigresen airport Almaty memahat sejarah muka aku tak sesuai untuk passport Malaysia. Walau ada berpuluh cop keluar masuk aku seluruh dunia, dia tetap rasa muka aku macam bangsa Mongolia.
.
Aku termenung.
.
Pesanan aku untuk korang yang jakun nak masuk negara Kazakhstan, belajar la sikit-sikit bahasa Rusia. Serius, ia memudahkan hidup korang.
.
Aku sendiri pun banyak benda aku tak tahu tentang Central Asia sebelum ini. Buku teks kita hanya mencatat paksi barat sebagai empayar British yang jadi rujukan sejarah kita.
.
Sedangkan paksi satu lagi Rusia dilabel sebagai komunis dan penjahat. Tiada langsung dalam sejarah kita menyatakan betapa besar dan maju blok komunis ini.
.
Nama Kazakhstan bermaksud ‘the Land of the Nomads’, rupanya negara ke 9 terbesar dunia.
.
Mukabumi sangat kontra bermula rerumput tiada pokok yang kering, kampung berpasiran yang unta lebih banyak dari manusia, tiba-tiba ada lembah hijau, puncak salji memutih dan kemodenan bandar.
.
Pakej yang aku suka.
.
Biarlah muka ala Mongolia begitu sekali , bagi aku Kazakhstan ni best. Candu yang buat aku mahu lagi, tagih untuk datang berkali-kali.
.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply