Adakah golongan ingin cepat kaya lebih ramai dari golongan ingin berusaha?

Salam Sejahtera, Saya menerima email hujung minggu lalu bertanyakan tentang ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Apabila saya baca email tersebut saya dapat bacakan penulisnya adalah jujur, berterus-terang dan mahukan…

Continue ReadingAdakah golongan ingin cepat kaya lebih ramai dari golongan ingin berusaha?

Model Pemasaran SMS #1 – Menjual Maklumat

Salam Sejahtera,

Selepas 3 bulan pelancaran ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, soalan yang paling popular yang diajukan kepada saya adalah mengenai apakah bentuk model perniagaan SMS yang paling laris di Malaysia. Ramai yang menyatakan tiada idea untuk memulakan perniagaan SMS, juga ramai juga yang tidak faham bentuk-bentuk perniagaan SMS yang ada.

Oleh itu, bermula Februari, saya akan cuba berkongsi dengan menghuraikan beberapa model perniagaan SMS yang popular. Saya akan cuba untuk memberi contoh aplikasi, menghuraikan senario perniagaan dan bagaimana saya boleh mendapatkan wang daripada SMS. Saya akan cuba terus menghuraikan beberapa contoh bentuk perniagaan, sekurang2nya seminggu sekali. Yang penting, saya mahu berkongsi kaedah bersama-sama dengan anda.

Maklumat adalah percuma, tapi takkan lah semuanya percuma…

Untuk huraian model pertama ini, saya akan ‘membedah-siasat’ suatu model perniagaan SMS yang paling mudah iaitu dengan menjual maklumat.

Senario Perniagaan:
Saya mempunyai blog perniagaan dan berkaitan keusahawanan di www.irwandahnil.com. Apa yang saya coretkan dalam blog tersebut, adakalanya menjadi panduan untuk orang lain. Di dalam blog tersebut saya kongsi bersama dengan pembaca mengenai beberapa perkara seperti reviu perniagaan, motivasi usahawan, malah saya juga berkongsi pengetahuan seperti penyediaan kertas kerja dan dokumen-dokumen perniagaan. Ramai yang menghantar email kepada saya meminta contoh kertas kerja untuk panduan mereka. Walaupun, kertas kerja tersebut adalah percuma, tetapi saya rasa contoh kertas kerja yang saya berikan adalah bernilai.

(more…)

Continue ReadingModel Pemasaran SMS #1 – Menjual Maklumat