Model Pemasaran SMS #1 – Menjual Maklumat

Salam Sejahtera,

Selepas 3 bulan pelancaran ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, soalan yang paling popular yang diajukan kepada saya adalah mengenai apakah bentuk model perniagaan SMS yang paling laris di Malaysia. Ramai yang menyatakan tiada idea untuk memulakan perniagaan SMS, juga ramai juga yang tidak faham bentuk-bentuk perniagaan SMS yang ada.

Oleh itu, bermula Februari, saya akan cuba berkongsi dengan menghuraikan beberapa model perniagaan SMS yang popular. Saya akan cuba untuk memberi contoh aplikasi, menghuraikan senario perniagaan dan bagaimana saya boleh mendapatkan wang daripada SMS. Saya akan cuba terus menghuraikan beberapa contoh bentuk perniagaan, sekurang2nya seminggu sekali. Yang penting, saya mahu berkongsi kaedah bersama-sama dengan anda.

Maklumat adalah percuma, tapi takkan lah semuanya percuma…

Untuk huraian model pertama ini, saya akan ‘membedah-siasat’ suatu model perniagaan SMS yang paling mudah iaitu dengan menjual maklumat.

Senario Perniagaan:
Saya mempunyai blog perniagaan dan berkaitan keusahawanan di www.irwandahnil.com. Apa yang saya coretkan dalam blog tersebut, adakalanya menjadi panduan untuk orang lain. Di dalam blog tersebut saya kongsi bersama dengan pembaca mengenai beberapa perkara seperti reviu perniagaan, motivasi usahawan, malah saya juga berkongsi pengetahuan seperti penyediaan kertas kerja dan dokumen-dokumen perniagaan. Ramai yang menghantar email kepada saya meminta contoh kertas kerja untuk panduan mereka. Walaupun, kertas kerja tersebut adalah percuma, tetapi saya rasa contoh kertas kerja yang saya berikan adalah bernilai.

Walau pun tidak mahal, saya rasa sesuatu perkara perlu ada nilainya supaya dihargai oleh orang lain. Oleh itu saya menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kertas kerja tersebut dengan harga RM0.50 sahaja! Bukan harga kertas kerja, tetapi lebih kepada sumbangan mereka dalam menilai hasil usaha saya. Lagi pun, di zaman ini mana ada perkara yang free!

Contoh Aplikasi:
Saya telah menggunakan model perniagaan SMS ini di blog www.irwandahnil.com. Cuba lihat terdapatnya menu disebelah kanan. Sesiapa yang ingin mendapatkan kertas kerja saya, boleh mendapatkannya dengan menaipkan SMS:
IRWAN[jarak]KKERJA[jarak]Email Anda dan menghantarkan ke 32728

* [jarak] bermaksud space atau ruang, dan tidak seharusnya ditaip semula ketika menaip mesej

Setiap SMS yang diterima akan dikenakan caj sebanyak RM0.50. Contoh kertas kerja tersebut akan saya hantarkan secara automatik ke alamat email yang anda SMSkan.

Pemasaran SMS vs Pemasaran Internet :
Pemasaran internet selalunya menggalakkan maklumat diberi percuma. Tetapi bagaimana anda ingin ‘menjual’ maklumat yang anda rasakan berharga, tapi dengan harga yang paling minima contohnya RM0.50 ? Takkan kita nak minta mereka bank in kan RM0.50 ? Tak pernah dibuat orang! 🙂

Dengan pemasaran SMS, micro payment boleh dibuat. Ini memberikan nilai kepada maklumat tersebut. Walau pun nilai nya kecil, ia tetap bernilai.

Isu :
Ramai yang menyatakan di internet sepatutnya banyak bahan yang kita boleh dapat secara PERCUMA. Saya setuju, tetapi bergantung kepada jenis dan bentuk bahan. Tidak semua yang percuma. Terdapat sesetengah bahan rujukan adalah berbayar. Sekiranya saya rasa suatu nilai perlu diletakkan kepada bahan yang saya berikan, saya rasa berhak untuk mengenakan caj. Lagi pun, saya tidak paksa sesiapa pun bayar. Kalau hendak ambil, kalau tak nak, saya tidak pernah paksa. Tidak semua adalah percuma. Bergantung kepada nilai bahan tersebut.

Prospek:
Kepada mereka yang mempunyai maklumat yang dirasakan bernilai, tetapi tidak mahu dijual secara komersil, boleh menggunakan model perniagaan SMS ini. Model ini sekurang2nya memberikan nilai kepada maklumat anda dan dihargai oleh orang lain. Manusia lebih cepat lupa berterima kasih kalau semua benda diberi percuma.

Saya akan dedahkan lagi model perniagaan SMS dan testimonial pada minggu hadapan.

Apa pendapat anda? Ada sebarang komen dengan model perniagaan SMS ini?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply