Salam Sejahtera,
Sejak saya mulakan blogging ni, semakin hari semakin banyak idea saya untuk menulis. Mencurah-curah, kadang2 satu hari tu sampai 8 topik saya boleh catatkan. Tapi seperti biasa, saya hanya manusia biasa, kekadang tu bila dah mengadap PC abis terlupa 7 topik. So masih ada satu topik, itu pun terkial2 mencari ayat 🙂
Melalut pula. Geram dengan sifat yang asyik terlupa.. kalau tak dicatatkan, abis lesap hilang ke mana idea yang banyak2
Memang betul. 21 juta penduduk Malaysia adalah penagih. Tetapi bukan penagih dadah, syabu atau sebarang pil ecstacy.
Menurut kajian terkini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, purata pengguna menghantar SMS adalah 4 kali dalam sehari. Tetapi lebih mengejutkan 49.6 peratus dari pengguna handphone menghantar SMS lebih dari 5 kali sehari! Secara purata 84 juta SMS dihantar sehari. Sekiranya setiap SMS berharga RM0.10, bermakna RM8.4 juta dibelanjakan hanya dari SMS.. Fhewwww!!! Penduduk Malaysia memang ketagihan SMS!
Saya hantar SMS lebih 20 kali sehari agaknya. Bagaimana dengan anda?