You are currently viewing 5 Sebab Paris Tidak Layak Sebagai Kota Romantis

5 Sebab Paris Tidak Layak Sebagai Kota Romantis

Hari ini dalam berita dikhabarkan bahawa Menara Eiffel, ikon kota Paris, ditutup kepada pelancong kerana mogok. Kakitangan menara yang dibuka pada tahun 1889 sudah kecewa dengan kejadian penyeluk saku yang semakin agresif. Kalau Gustave Eiffel,jurutera menara ini masih hidup, mesti dia rasa sangat sedih sekarang.

Mungkin ini merupakan kemuncak insiden yang mencalarkan identiti kota ini. Bagi sesiapa yang pernah datang ke Paris, pasti setuju bahawa kota Paris itu over-rated dari realiti. Mungkin bangunannya masih kekal indah, tetapi budaya dan sosialnya agak tercalar.

1. Penyeluk saku berleluasa. Mereka melakukan secara berkumpulan. Berpasukan. Muka innocent, dalam metro atau train tangannya sangat ligat meraba. Mungkin di Paris perlu simpan duit dalam badan macam zaman dulu.

2. Sindiket dan scammer semakin banyak. Di jalan shopping utama seperti Champs Elysess, ada orang yang akan menghulungkan borang untuk anda tandatangani. Kononnya untuk kebajikan, bantu kanak-kanak lah, Palestin lah. Lepas anda sign, dia minta duit. Kalau sikit tak pe. Ini sampai 20 Euro. Kena ‘pow’. Dari cerita benar yang lain pula, ada¬† scammer yang menunggu di depan mesin jual tiket kononnya mahu membantu. Sebaik sahaja orang mengeluarkan duit, mereka akan rampas dan lari!

3. Bau hancing. Kencing merata-rata. Buka zip seluar pancut je sesuka hati. Kalau tepi semak atau tepi pokok tidak mengapalah juga. Ini di bandar dan lokasi utama. Di depan stesen train utama Gare du Nord, ada air mengalir di depannya. Sekali tengok,di hujungnya ada mamat sedang sedang melepaskan ‘paip air’nya. Tamadun apa macam ni. Romantik kah hari anda berjalan menghirup udara ‘bertoksid’ seperti itu? Tidak hairan, ada orang menggelar Paris Yang Hancing!

4. Pak hitam negro menjual dan memaksa pembeli. Cuba lihat berapa ramai yang menjual keychain made in China, berulang-ulang kali datang merayu pembeli. Rimas tau! Jika anda berjalan malam, ini lagi menakutkan. Mereka kadang-kala tidak kelihatan di lorong gelap. Yang kedengar cuma suara… Seram… ūüôā

5. Infrastruktur tidak diselenggara. Tumpuan hanya pada tempat tarikan pelancong, banyak bangunan dan kemudahan awam tidak terjaga. Majoriti di stesen train dan metro masih menggunakan tangga, tiada eskalator. Mahu mencari tandas awam juga sukar. Berbanding dengan negara Eropah yang lain, Paris sudah ketinggalan.

Ini baru 5 sebab. Mungkin ada yang nak tambah sebab yang lain?

// Nota : Ini bukan percubaan menjatuhkan Paris. Ada juga sisi kota ini yang memang cantik dan indah. Baca catatan pemandangan Menara Eiffel disini.

***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE di bawah.

***************************************************************************************************************************

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 6 Comments

  1. Ani Syaliza Yunos

    Apa kata kita tukar Kota Romantis itu kepada Kota Mekah, tak pun Kota Konstantinopel (Istanbul) pula.
    Sekali pergi akan kekal dalam ingatan.

  2. irwan.dahnil

    Setuju sangat kalau Istanbul itu dalam senarai!

  3. Aisyah

    setuju dengan artikel ini…bau hancing tu yg paling x suka…harap pihak berkuasa di sana ambil tindakan yg patut

  4. Faizal Fredley

    setuju dgn semua point2 di atas…au pergi hari tu aku fikir byk kali mana yg romantisnya..rasa x secure sepanjang aku kat paris..tempat kotor, stesen train bau hancing….pencual kaki lima terlampau byk…yg kena sign utk derma tu aku dah kena sekali..kohaja tol….

  5. irwan.dahnil

    Terasa tak keromantisannya ? Hehehe

Leave a Reply