Adakah ebook masih laku di internet?

Salam Sejahtera,

Saya tertarik untuk mengulas email yang saya terima dari Dr Joe Vitale. Beliau banyak menerima soalan mengenai nilai dan prospek menjual ebook di internet. Bukan hanya di pasaran antarabangsa, kita di Malaysia pun, gelombang orang menulis dan menjual ebook telah bermula beberapa tahun lepas tahun. Tahun ini pula, tidak kurang 6 pelancaran ebook telah saya lihat di internet di Malaysia.

Mengikut Dr Joe, beliau tetap merasakan ebook mempunyai prospek yang baik untuk dihasilkan dan dijual diinternet. Alasannya mudah, ebook mempunyai kandungan yang menyelesaikan masalah orang lain. Bahkan Dr Joe Vitale sendiri telah melakukannya (menulis ebook dengan matlamat menyelesaikan masalah orang lain) lebih 10 tahun yang lepas!

Ternyata, permintaan terhadap ebook tetap ada. Boleh disimpulkan, orang akan tetap membayar untuk ebook untuk mendapatkan kandungan ebook tersebut yang boleh menyelesaikan masalah. Atas sebab ini orang akan terus membeli ebook. Yang istimewanya tentang ebook ini, dengan menghasilkan ebook, merupakan cara tercepat dan termudah untuk memperolehi wang dari internet.

Berbeza dengan menulis buku bercetak, menghasilkan ebook tidak memerlukan anda menjadi seorang penulis berbunga-bunga untuk menulis, anda tidak perlu menulis terlalu teknikal seperti dokumen tender, anda tidak perlu membuang masa yang terlalu lama untuk menghasilkan ebook (buku bercetak mengambil masa 2-4 bulan untuk diterbitkan), dan anda tidak perlu menjadi seorang yang popular untuk membolehkan buku anda terjual.

Yang penting, menurut Dr Joe Vitale, adalah win-win situation. Sekiranya ebook anda menyelesaikan masalah orang lain, dan orang lain dengan rela hati membeli ‘penyelesaian’ anda, ebook akan lebih popular dari buku cetakan! Mungkin di Malaysia topik ebook masih lagi berlegar tentang topik internet marketing, tetapi tidak bermakna topik lain tidak popular. Terlalu luas bidang yang boleh diterjemahkan ke dalam bentuk ebook yang mempunyai permintaan dari pasaran Malaysia. Setakat harga ebook sekitar RM20 ke RM50, orang Malaysia sanggup membayarnya asalkan masalah mereka selesai!

p/s: Sejak terlibat dalam internet marketing, tidak kurang 27 topik tentang menyelesaikan masalah orang lain yang saya rasa berpotensi menjadi ebook!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply