Ku sangkakan hujan sampai ke petang…

Salam Sejahtera,

Setiap perniagaan tentunya mempunyai risiko dan halangan yang tersendiri. Mana mungkin ada satu perniagaan yang bebas dari ‘ancaman’ gulung tikar dan kerugian. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa risiko perniagaan SMS. Ini juga adalah faktor kritikal yang perlu anda ambil kira :

Masalah #1 : Partnership

Dalam memilih rakan perniagaan baik untuk penyediakan content atau pun penyedia perkhidmatan SMS Gateway, perlu mempunyai satu bentuk perjanjian yang boleh dipegang oleh kedua-dua pihak. Memandangkan suatu perniagaan SMS tidak lagi dari kedua-dua pihak ini, kesilapan satu pihak akan memberi kesan kepada pihak yang lain. Satu pihak mempunyai masalah, maka pincanglah perniagaan SMS tersebut.

Kita andaikan kalau satu pihak menyediakan content, tidak dapat membekalkan kandungan seperti yang dijanjikan akan mengundang masalah kepada penyedia SMS Gateway sekiranya wujud aduan dari pelanggan. Begitu juga kalau penyedia SMS Gateway gagal untuk memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan.

Bagaimana memilih partners dalam perniagaan SMS? Insyallah, jika berkesempatan saya akan buat satu laporan untuk anda muat turun mengenai tips2 bagaimana memilih rakan teknologi. Jangan lupa, bahawa perniagaan ini bukan perniagaan berandalkan janji mulut, tetapi perlu mempunyai perjanjian hitam putih untuk kepentingan ke dua-dua belah pihak.

Masalah #2 : Pembayaran dan Billing

Secara teknikalnya, sekurang-kurangnya terdapat 2 sistem pengebilan SMS. Yang pertama adalah bill penggunaan SMS yang dicatatkan oleh telco sendiri yang menyimpan semua transaksi SMS, dan yang kedua adalah sistem pengebilan yang dimiliki oleh penyedia SMS Gateway.


Kedua-dua ini mempunyai sistem bil yang tersendiri untuk mengesan jumlah transaksi SMS yang melalui SMS Gateway. Seperti yang anda ketahui, sekiranya caj perkhidmatan SMS yang dikenakan adalah reverse billing, maka wang dari pelanggan akan diterima oleh telco. Telco pula akan memberikan peratusan wang tersebut kepada penyedia SMS Gateway dan seterusnya kepada penyedia content.

Seringkali berlaku dimana sistem bill penyedia SMS Gateway tidak selari dengan sistem bil telco. Contohnya, di sistem bil SMS Gateway mencatatkan 100,000 jumlah transaksi SMS dari pelanggan, manakala telco pula hanya mencatat 90,000 transaksi. Perjanjian akan cenderung kepada telco dengan menyatakan kita haruslah menerima apa jua transaksi yang dicatatkan telco. Oleh itu seringkali berlaku jumlah yang dibayar telco adalah lebih rendah berbanding jumlah transaksi yang sebenar. Contoh diatas menunjukkan perbezaan kira-kira 10% dalam transaksi SMS.

Saya pernah menerima bil telefon bimbit saya dimana saya lihat ada beberapa panggilan yang saya rasa tidak saya buat tetapi tercatat dalam bil. Walaupun, begitu saya tetap perlu membayarnya atau saya boleh membuat aduan rasmi kepada telco (tentunya aduan tersebut akan mengambil masa berbulan-bulan yang rasanya tidak berbaloi menunggu).

Masalah #3 : Pemilihan media dan kos promosi

Pemilihan media adalah penting untuk anda pastikan perniagaan SMS anda diketahui oleh orang ramai. Seringkali kita lupa, bahawa SMS itu adalah sistem SMS yang ‘stand alone’. Anda perlu promosikan perkhidmatan SMS anda baru lah orang akan tahu dan gunakan.

Contoh pemilihan media yang salah dan tak tepat hanya mengundang kerugian. Seperti memilih majalah Dewan Ekonomi sebagai media pengiklanan untuk perkhidmatan SMS Jenaka anda. Pilihlah media yang sesuai dengan sasaran pasaran anda.

Kos promosi juga perlu diambil kita. Buat belanjawan berapa wang yang akan dibelanjakan sebulan untuk tujuan promosi.

Masalah #4 : Tiada sambutan

Perkhidmatan yang tiada sambutan bukan disebabkan oleh sistem SMS tersebut tidak bagus, tetapi mungkin kegagalan untuk membuat kajian yang lebih mendalam pada peringkat permulaan. Kegagalan untuk mengenalpasti sasaran pasaran, saiz pasaran dan juga permintaan, akan memberi kesan kepada perniagaan SMS anda.

Masalah #5 : Teknikal

Sekiranya anda ingin mempunyai SMS server sendiri, SMS adalah perniagaan yang memerlukan modal yang besar. Selain dari memakan kos yang tinggi berbanding dengan teknologi yang lain, kemahiran teknikal untuk mengendalikan operasi srver tersebut juga memerlukan kakitangan teknikal yang mahir dengan programming language peringkat tinggi.

Jangan sangka perniagaan SMS tidak mempunyai sebarang risiko. Perniagaan SMS yang berjaya hanya apabila mendapat sambutan yang baik dari pelanggan. Jumlah perbelanjaan dan kos promosi juga hendaklah dikawan selaras dengan penerimaan pembayaran dari telco. Untuk membiasakan diri dengan aliran kewangan dan juga pengurusan SMS, saya jangkakan mengambil masa tidak kurang 3 ke 6 bulan.

Siapa cakap perniagaan SMS adalah perniagaan yang ‘goyang kaki’ ??

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply