Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Seperti yang saya jangkakan, saya akan dihujani dengan email yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan cerita MIRSB saya pada minggu lalu. Tidak kurang juga yang menghantar email kepada saya, meminta pandangan bagaimana ingin menyelesaikan masalah mereka yang telah terjebak dengan membeli sistem MIRSB…
Sekiranya anda belum membaca post sebelum ini mengenai MIRSB, sila klik di sini.
Telah saya katakan saya bukan ingin menjadi ‘hero’ sangat dalam hal ini. Kalau betul2 saya nak jadi hero, banyak lagi saluran yang lebih baik, beretika dan berautoriti untuk saya sampaikan ketidakpuashatian orang ramai. Banyak lagi badan dan pihak berwajib yang lebih arif dalam selok belok hak pengguna dan kepenggunaan.
Saya cuma melihat dari perspektif usahawan. Dan tidak lebih dari itu. Saya hanya berkongsi, anda tidak bersetuju dengan saya tidak mengapa. Mungkin kupasan hari ini lebih memberikan gambaran kepada anda :
****************************************
Apa Yang Silapnya Tentang MIRSB ?
Seperti yang saya catatkan dalam post yang lepas, MIRSB tentunya bergembira dengan kejayaan kempen pemasaran mereka. Iklan satu halaman penuh telah berjaya menarik perhatian ratusan (mungkin juga ribuan) pembaca untuk menghadiri seminar mereka.
Mengapa saya boleh andaikan begitu ? Sekitar 30 – 70 orang menghadiri seminar MIRSB. Seminar percuma pula tu.. Tentulah ramai yang datang.
Modus operasi adalah mudah. Dengan memberi seminar selama 2 jam secara percuma, ia akan menggalakkan lebih ramai orang hadir. Lebih ramai orang yang hadir, potensi untuk orang membeli produknya lebih tinggi. MIRSB bergerak secara berkumpulan dengan melantik speaker untuk bercakap bagi pihak MIRSB. Setiap speaker akan dibantu oleh oleh pasukan yang fokus kepada jualan.
Setakat yang saya kongsikan ini, MIRSB tidak salah apa-apa. Everything goes smooth. Tiada unsur penipuan.
Tetapi apa yang berlaku seterusnya, mula meruntuhkan kredibiliti MIRSB dalam menjalankan perniagaan SMS. Maka bermulalah episod dimana orang katakan MIRSB ini penipu!
1. Seminar tersebut boleh dikatakan bukan seminar. Ia lebih kepada product awareness. Ia selayaknya dipanggil taklimat potensi perniagaan SMS. Itu pun hanya dilakukan dalam masa 45 minit ke 1 jam sahaja. Selebihnya adalah sesi menjual produk SMS yang akan saya terangkan. Seminar apa yang hanya 1 jam ?
2. Dalam seminar, pihak MIRSB mengetepikan isu-isu yang penting seperti halangan spam oleh kerajaan. Berkeras menyatakan SPAM itu dibenarkan dengan cara yang betul! Kalau hukum dunia pun dilanggar, saya boleh buat kesimpulan tentunya hukum halal haram tidak disentuh langsung ketika seminar.
3.Seminar @ taklimat disampai oleh perucap yang dikatakan bakal jutawan 2008! 🙂 Geli hati saya. Bukan saya menidakkan prospek kejutawanan beliau, cuma saya berani dan cukup yakin yang beliau ini tidak pernah mengelolakan sebuah perniagaan SMS. Tak payah lah kita cakap perniagaan SMS yang bersaiz besar korporat, peraduan SMS pun belum tentu pernah buat. Jadi ia tidak menghairankan saya kenapa beliau nampaknya tidak tahu selok belok dan realiti perniagaan SMS!
4. Menjanjikan kejutawanan dalam masa 3 bulan selepas bermula perniagaan SMS. Ini fakta yang cukup meyakinkan saya yang beliau tidak tahu bahawa pembayaran pertama hanya datang dari telco pada 2 hingga 3 bulan selepas bermula. Lainlah dia pakai duit poket dia sendiri, tapi fakta pembayaran yang lewat dari telco memang perkara yang wajib tahu oleh usahawan SMS.
5. Tidak memberikan masa yang secukupnya bagi peserta untuk menilai potensi, risiko dan modal perniagaan SMS. Peserta tak sempat nak berfikir baik buruk. Keputusan sama ada ingin beli atau tidak dibuat selepas seminar. Siapalah yang dapat berfikir sewarasnya dalam keadaan macam tu? Mungkin salahnya ada pada orang yang hadir juga. Nak cepat kaya! No pain, no gain lah konon..
6. Seminar bukan menceritakan tentang potensi perniagaan SMS dan yang berkaitan (seperti profit sharing, memilih gateway, teknik dan tips SMS) sebaliknya khusus kepada konsep reselling product. Ini bermakna bila dah beli produk, ahli boleh memilih untuk menjual balik produk tersebut (reseller right).. Di akhirnya orang yang membeli produk tak tahu pun nak buat ape dengan sistem SMS tu.. Terkebil2 je lah tengok sistem tu tatau nak buat ape…
Saya ingin nyatakan disini, maklumat diatas dikumpulkan selepas mendengar rintihan daripada mereka yang pernah menghadiri seminar @ taklimat tersebut. Tiada bukti yang saya rakamkan, anda bebas untuk mempercayainya atau tidak. Nanti takut saya pula yang jadi tukang fitnah!
Reality check :
Pemasaran memang cantik!
Perancangan media memang menarik!
Iklan memang mengagumkan!
Business model memang mantap!
Tapi…. content tidak asli…
Abes punah…
Saya dah cakap tadi. Saya bukan untuk memburukkan MIRSB. Saya cuma tengok dari perspektif usahawan SMS sahaja. Saya tidak pernah menyanggah harga sistem SMS yang dijual bermula dengan harga RM5K (dijual pada harga RM1K sahaja pada peserta seminar) kerana itu adalah teknik meletak harga masing2 (mungkin terpaksa letak mahal untuk beli iklan bersaiz halaman penuh yang berharga tinggi!). Itu adalah strategi MIRSB.
Memang betul, dalam strategi pemasaran mereka menceritakan potensi bagaimana duit itu boleh berganda kalau berjaya menjual produk. Tetapi SMS itu sendiri bukan satu produk statik macam jual beli gula-gula atau keropok lekor. SMS itu sendiri ada banyak elemen seperti memilih perniagaan, memilih produk, memilih aplikasi, menentukan gateway, mengira modal, membuat pengiklanan, dan juga 1001 ilmu perniagaan yang perlu dikuasai terlebih dahulu.
Itulah yang silapnya. Menjual produk SMS macam menjual gula-gula dan keropok lekor. Mana mungkin sama.
Tetapi akibat disamakan lah mewujudkan pelbagai masalah, persoalan, tak puas hati, marah-marah dan memburuk2kan perniagaan SMS.
Insyallah ada kelapangan saya akan buat catatan lagi tentang janji-janji yang ditabur MIRSB. Harap2 siapa yang terbaca tidak terguris jiwa. Ini adalah fakta sebab pelbagai pihak terlibat termasuklah pihak polis!
Jeng-jeng-jeng…… 🙂
****************************************
Malas sebenarnya saya nak cerita tentang hal ini. Nanti orang kata buat musuh pula. Atas tanggungjawab.
“A strong man will defend himself, stronger will defend others “ 🙂
Saya pun agak sibuk dengan menyiapkan manuskrip terakhir untuk buku SMS saya yang kedua.. Opss.. Masih lagi misteri 🙂 Sabtu ini pula pada 26 Julai akan diadakan Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS di Quality Hotel. Seminar sehari tau! Siapa yang belum mendaftar, cecepat lah daftar, sebab saya rasa seminar ini mungkin yang terakhir kot buat tahun ini. Daftar disini.
Jumpa lagi