Salam Sejahtera,
Saya tidak ingat pada hari apa saya melihat berita ASTRO mengenai laporan latihan keusahawan dan kemahiran teknikal yang dilaksanakan di salah sebuah universiti tempatan. Menurut Presiden universiti tersebut, program anjuran universiti diolah dengan memasukkan nilai keusahawanan dalam bidang teknikal yang dipelajari. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar mengambil diploma atau ijazah Teknologi Maklumat, maka diserapkan nilai-nilai keusahawanan dalam sepanjang kursus tersebut. Ini bermatlamatkan supaya pelajar tersebut dapat melihat potensi perniagaan yang ada dalam bidang teknologi maklumat dan menggalakkan pelajar akan memulakan perniagaan sendiri tanpa mengharapkan kerja makan gaji.
Saya sangat memuji langkah universiti tersebut diatas langkah tersebut. Inilah bagaimana sebenarnya kita mencari usahawan sebenar. Bagi saya, usahawan mestilah dibentuk melalui minat. Berniaga kerana memang suka berniaga. Rasa gembira dapat memberi servis kepada pelanggan. Dapat melihat peluang perniagaan dengan ilmu yang diperolehi. Tidak mengharapkan orang lain untuk mengisi kocek sendiri.
Nilai ini tidak dapat disekolah. Street Smart! Keusahawanan adalah pengajian sepanjang hayat. Teruskan belajar. Itulah guru yang paling berguna…