Awas Manipulasi SMS Broadcast!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Kaedah penipuan ketika ini telah naik satu lagi anak tangga apabila internet dan SMS diperkenalkan. Sekarang ini internet dan SMS scam terus menjadi-jadi. Saya tak ingat berapa jumlah wang yang terlibat tetapi memang berjuta-juta.

Tidak dinafikan memang mudah untuk menipu sekarang ini. Dengan hanya membuat satu laman web, seseorang itu boleh menyembunyikan identiti mereka. Hanya dengan satu SMS, sang penipu boleh berselindung dari diketahui.

Mujur kerajaan telah menjalankan roll out akhir tahun 2007 apabila semua nombor telefon pra bayar di daftarkan. Jadi setiap nombor telefon sekarang bertuan dan identitinya di simpan dan diketahui. Untuk menipu dengan menghantar SMS dari nombor telefon individu sekarang bukanlah cara yang bijak kerana dengan mudah identiti si pengirim dapat diketahui (kecualilah dia pakai telefon bimbit orang lain)

Nasihat saya, berhati-hati dengan SMS yang anda terima. Walaupun sang penipu tidak lagi menggunakan nombor telefon biasa yang didaftarkan, tidak bererti aktiviti mereka berhenti di situ. Mereka akant terus bergiat dan mencari cara.

Saya perhatikan cara lain utk orang menyampaikan SMS Scam ini adalah dengan menggunakan SMS Broadcast. Ia merujuk kepada satu sistem yang membolehkan penghantaran SMS melalui web ke telefon bimbit. Kebanyakan SMS Broadcast pula boleh menghantar SMS ke telefon bimbit seluruh dunia.

Untuk menggunakan SMS Broadcast, seseorang tidak perlu didaftarkan. Anda boleh dapatkan sistem ini dari penyedia perkhidmatan. Anda akan diberikan username dan password untuk login ke sistem tersebut.

Menggunakannya adalah sangat mudah. Anda perlu masukkan ID pengirim, senarai nombor telefon bimbit dan juga mesej. Dengan satu klik, semua nombor yang anda masukkan akan menerima SMS tersebut. Contohnya seperti dibawah :

Anda perhatikan dengan fleksibiliti untuk menukar ID pengguna, anytime sahaja identiti pengirim boleh dihantar. Sesiapa yang bersifat manipulatif, tentu faham macam mana untuk mengirim SMS jahat kepada pengguna. Kalau anda tulis ID Pengirim sebagai Astro, maka Astrolah yang akan diterima oleh penerima SMS. Anda bebas untuk menamakan diri anda sebagai Petronas, Shell, Maybank, Citibank atau apa2 sahaja!

Dengan cara ini pengguna Celcom dan DiGi dengan mudah terpedaya. Hanya Maxis yang menapis SMS seperti ini dengan hanya memaparkan nombor dan bukan ID Pengirim. Walau pun ada tapisan, tetapi identiti pengguna SMS Broadcast masih belum dapat dikenalpasti. Dalang penipuan SMS masih boleh terlepas!

Insyallah, dalam post akan datang saya akan berkongsi lain mengenai SMS Scam ini. Semoga anda akan terus celik dan bijak dengan si licik yang bertopeng kan teknologi!

p/s : Dah download belum ebook SMS Scam : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu ? Free je. Refer kat posting saya yang lepas

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply