Salam Sejahtera,
Saya bukan pakar ekonomi, malah ilmu dalam bidang tu sangat cetek. Ini cuma pandangan peribadi sahaja.
Sejak akhir tahun 2008, kesan ekonomi dah terasa. US, Eropah & Jepun memang teruk kene penangannya.
Tiba-tiba keluar statement :
 ” Malaysia tidak mengalamani kegawatan ”
” Ekonomi Malaysia kukuh walau kemelesetan ”
” Malaysia mampu harungi kegawatan “
Wahh.. Sikit punya champion Malaysia ni ya ? *wink*wink*
Anyway berbalik kepada topik. Bila keadaan ekonomi gawat, kebiasaannya orang lebih banyak menyimpan duit. Berbelanja pun berpada-pada. Memilih apa yang perlu sahaja.
Orang takut nak keluarkan duit. Apatah lagi nak melaburkan duit untuk memulakan perniagaan baru yang belum tentu hasil untung ruginya.
Pun begitu, bisnes mesti diteruskan barulah kitaran ekonomi itu bergerak. Kalau tak bergerak dan kaku, maka makin parah ekonomi.
TIPS hari ini mungkin boleh menjadi pertimbangan anda untuk mula berniaga di dalam keadaan ekonomi gawat :
1.Mulakan perniagaan dari rumah & kos overhead yang rendah. Perniagaan internet dan SMS adalah contoh yang baik.
2. Tawarkan perkhidmatan atau produk yang mempunyai 2 variasi. Kelas pertama & kelas kedua. Jangan fokus utk bangunkan produk prime sahaja. Macam Airasia vs MAS. Orang menyimpan wang ketika gawat tetapi mahu membeli, tetapi akan memilih barangan pilihan yang lebih murah.
3. Lebih menggalakkan urusniaga tunai dari kredit. Biar harga anda rugi sedikit, asalkan dapat tunai di tangan. Dengan mempunyai tunai, bisnes lebih flexible untuk hadapi cabaran ekonomi.
4. Menjual perkhidmatan berbanding produk. Ia lebih selamat. Contohnya, kalau anda pandai membuat terjemahan, walau ekonomi tak bagus pun, anda tidak menanggung kos barangan yang tinggi. Kalau anda jual barangan, bayangkan risaunya hati bila barang tak terjual!
5. Membuat automasi terhadap operasi bisnes. Pilih kalau ada sistem yang boleh melakukan kerja secara automatik. Kurangkan tenaga pekerja.
6. Upah orang lain buat @ ‘Outsourcing’. Bila ekonomi tak berapa elok, banyak syarikat menawarkan diskaunMungkin mengupah orang lain utk membuatnya bagi pihak anda lebih murah dari anda lakukan sendiri.
Selamat Berjuang dalam kegawatan 2009!
p/s : Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan dari rumah, Seminar Perniagaan SMS yang pertama 2009 akan diadakan pada Sabtu ini 17 Januari di Quality Hotel, K Lumpur. Sila klik disini sekiranya anda berminat.
p/p/s : Minggu lalu saya telah melancarkan Sesi Soal Jawab Terbuka mengenai SMS. Sudahkah anda bertanyakan soalan yang bersarang di kepala anda? Sehingga 31 Januari, inilah masanya untuk bertanya ‘straight & naked’! 😀 Maklumat lanjut disini!