Cakap Banyak, Kerja Tak Jalan

Dulu orang berkata, para blogger ni punya banyak masa. Ada je masa terluang, mereka akan tulis sesuatu di internet. Ada yang update blog mereka seminggu sekali, ada yang 3 hari sekali, ada yang hari-hari. Sampai ada yang kata, blogger ni dah takde kerje lain.

Betul ke begitu ?

Difikir-fikirkan, saya rasa fakta ada kebenarannya blogger ini memang mempunyai banyak masa. Bagaimana mereka sentiasa punyai masa (walaupun semua dapat 24 sehari)  untuk menulis diblog masih lagi menjadi tandatanya.

Anda Blogger Yang Mana Satu ?

Saya amati trend blogger ni dan saya dapati terdapat beberapa jenis blog :

1. Blogger Maklumat

Kandungan blog biasa hanya mengandungi maklumat yang mungkin di feed dari RSS yang lain. Agak konsisten kandungannya kerana kebanyakan post dimasukkan secara automatik. Ada juga post yang ditulis secara awal, dan mengandungi informasi yang telah disetkan. Contohnya seperti Irfan Khairi’blog

2. Blogger  Cari Duit

Yang ini memang niat nak cari duit dengan blog. Macam2 program ada Adsense, Nuffnang, Affiliates dan sebagainya.  Post yang dimasukkan lebih fokus dan spesifik. Biasanya blogger jenis ni, tiada kerje offline.. Bole buat full time nak cari duit.

3. Blogger Part Time

Haa.. Yang ini paling banyak sekali.  Blogger ini cuma suka2 je memasukkan post. Takde spesifik agenda. Main belasah ikut rasa suke je… Dan blog inilah yang paling banyak terbengkalai.. 🙂

4. Blogger Yang Buat Kerje

Blogger ni biasanya ada kerja offline.  Sama ada makan gaji atau bekerja sendiri, mereka ada sesuatu yang diusahakan diluar sana. Dan kalau kita perhatikan, blog-blog ini hanya diupdate sekitar 3-4 hari sekali. Dalam keadaan yang sangat sibuk, blog ini mungkin tidak diupdate seminggu atau lebih.

Contoh blog seperti ini ada banyak ..

Chedet.cc Saya rasa Tun tak tulis di blog hari-hari kerana ada jadual kerja offline yang lain. Tapi sekali Tun menulis memang best!

Satu lagi Saifulsham.com. Mungkin sebab saya kenal kot Sabri n Syazwan, memang nampak la mereka banyak kerja lain selain dari updatekan blog.

Yang baru masuk dalam kategori ni baru-baru ni Shuth. Dulu blognya selalu kemas dan sensasi. Ayat2 nya pun agak santai. Namun setelah bergelar tokei ebook dan sibuk dengan seminarnya, Shuth mula menulis ayat2 serius dan motivasi je 🙂 Dan nak update blog pun jarang2 sikit.. Heheh.. Welcome to the club bro!

Pengamatan saya :

” Mereka memerlukan kerja-kerja offline juga untuk menjayakan perniagaan online … “

Mereka tidak bergantung 100% kepada business online. Internet hanyalah media, tetapi kebanyakan perkara dilakukan secara offline.

Dulu saya selalu baca blog2 otai internet marketer. Dulu blog mereka update memang kerap, best baca. Dan post di blog mereka lebih santai untuk dibaca. Tetapi bila saya tahu, blogger ni dah buat full time kerja dari rumah macam saya, memang sah mereka juga terabaikan blog mereka. Cuma update, 2-3 kali seminggu sahaja.

Dan saya mempunyai jawapan yang pasti mengapa jadi camntu.

Orang kata,

” Action speaks lounder than word”.

Maknanya lebih kurang, tak payah cakap banyak… perlakuan dah membuktikan.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply