Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Bila membaca post Dr Irfan dan Saifulsham di blog masing-masing, saya dari dulu bertekad untuk memendekkan setiap post di blog saya. Tapi tiap kali saya cuba pendek-pendek kan, jadi tak paham pula.. kalau tak menjadi meleret panjang pula. Cuba tengok post-post saya sebelum ni. Boleh tahan juga panjangnya.
Cabaran baru : “Menulis blog sependek mungkin dengan pengertian dan pemahaman dikekalkan” 🙂
So, kene belajar menyusun ayat yang pendek, tepat maksudnya dan boleh difahami. Dan tentunya dalam susunan bahasa yang menghiburkan (element hiburan ni saya kurang sikit 🙂 ) . Anyway, kat mana nak belajar bahasa ni ? Ada kelas atau kuliah bahasa yang boleh diikuti ?
Sedar atau tidak, sebenarnya cara kita mengolah bahasa dan perkataan banyak dipengaruhi oleh apa yang kita baca dan tuturkan. Kalau kita biasa baca komik dan kartun, biasanya bahasa kita akan ada elemen2 kartun juga. Begitu juga kalau kita biasa tengok rancangan hiburan, cara kita tuturkan juga seolah2 ‘happening’ ya-all.
Cuba senaraikan bahan bacaan yang anda milliki ? Sama ada akhbar atau majalah. Cuba senaraikan juga rancangan TV yang anda selalu tonton. Nampak tak kesamaan yang ada pada diri anda dengan majalah yang anda baca atau TV yang anda tonton ?
Nampak tak betapa kuatnya pengaruh apa yang kita baca atau lihat sehari2 kepada diri kita ? Baik positif atau negatif, kita kena akui bahawa memang akan ada pengaruhnya.
Bayangkan kalau kita membaca buku sastera Dato’ A Samad Said hari2, Saya rasa nilai mutu bahasa kita pun akan jadi sehebat itu kot! Strategi ini juga selalu digunakan oleh pelakon atau artis dalam menjiwai sesuatu watak. Lama2 terkesan juga.
Hasilnya memang menjadi. Sedikit demi sedikit tanpa kita paksa atau sedari. Cubalah!
p/s : Saya ni selalu baca akhbar omputeh, memang ada masalah nak menulis dalam bahasa Malaysia 🙂
p/p/s :Menjadi tak blog pendek saya hari ni ? Hehehehe..