You are currently viewing Catatan Kembara #212 :  Bila Orang Mengata

Catatan Kembara #212 : Bila Orang Mengata

Awal tahun yang lepas ada satu group 4 orang datang. Semua first time sampai UK. Bila tengok snow, semua muka teruja.
.
“Bang, kami nak main ski. Tengok macam best je orang turun laju turun bukit. Teringin lah.”, kata awek sorang ni.
.
“Eh. Kau bukan pandai main. Ski tu yang hayun-hayun tangan tu. Buat malu je. Benda tu slide lah. Baru syok.”, tegur kawan muka mengejek.
.
Yang lain pun tergelak besar. Sampai tekup mulut tahan ketawa.
.
“Maaflah bang. First time datang tengok salji ni.”, bisik dia.
.
“Owh. Saya okay je. Saya suggest main sledge je dulu. Nanti baru kita cerita nak main yang lain pula.” Aku tamatkan gelak mereka disitu.
.
Salah cakap tu tidak mengapa, tapi dimalukan itu lebih tragis. Padahal kawan yang gelak besar itu pun bukan betul sangat, .
.
Hidup memang begitu.
.
Bila buat benda pertama kali, akan jadi bahan cakap orang.
.
Bila buat benda pelik sikit, sedia sahaja jadi bahan ketawa.
.
Bila buat lebih sikit, ramai penasihat mahu bagi tarbiah.
.
Jadi bagi kita yang mahu mencuba, tahan sahaja telinga. Kita cubalah buat seperti apa yang kita percaya.
.
Esok tidak menyesal bila sudah berusaha dari mereput tidak buat apa-apa.
.
You can’t get the ball rolling if you listen to the naysayers.
.
Buat pekak, jalan terus. Bila orang cakap-cakap di belakang, tandanya kau di depan.
.
Biarlah mereka, hujan pun tahu berhenti.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Jalan lurus, jangan belok-belok
Glencoe, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply