Kalau kau travel, semua orang mahu berjimat. Aku pahamlah.
Lebih lagi datang UK atau Eropah. Duit ringgit sudah tenat, buat apa nak bayar mahal. Takat tidur, mandi berak saja. Mana yang boleh, kita nak bayar sikit. Kalau boleh free.
Tapi agak-agaklah boi.
Sepanjang buat homstay di UK, aku rasa patut share sikit macam mana host homestay sini yang berbeza dengan budaya Asia (kalau aku sebut Malaysia nanti kena marah).
1. Namanya homestay. Home tu kan rumah. Jangan expect macam hotel atau hostel. Standard sudah tentu beza. Tapi ramai yang masuk homestay, tapi expect service macam hotel. Tak tahan, bayar murah, tapi service mahu 5 bintang. Eh! Homestay tiada bell boi lah suruh angkat beg kau!
Anggap sahaja kau mahu datang rumah orang. Mestilah berbahasa sikit. Orang putih yang datang Tidola Home hampir 99% akan beritahu siapa diri dia, tujuan datang dan berapa orang. Ye lah. Total stranger kot. Memanglah begtu. Bertaaruf lebih kurang. Kalau host rasa selesa kita terima, kalau tetamu yang mahu datang macam kurang ajar, baik nyahkan sahaja.


2. Kena rajin baca review sikit apa orang kata tentang tempat tu. Keadaan rumah, service dia. Tengok rating dia berapa. Bila kau baca review, baru kau tahu keadaan sebenar orang yang pernah duduk situ. Kadang gambar saja cantik, bila kau sampai sana, macam rumah hantu. Jadi host tahu kau sudah boleh agak-agak rumah dia macam mana.

3. Kalau datang rumah orang, tidaklah kita komplen sofa dia warna pink, langsir kau kusam atau muka tuan rumah tak rata. Benda tu subjektif kot. What you see, what you get. Ada katil, bersih dan cukup seperti yang dijanjikan. Basic. Lainlah kalau dia cakap ada 4 katil, tapi rupanya ada 2 sahaja.
Ada juga service luar kawalan. Kalau wifi slow pun janganlah complaint. Bukan dia boleh tolong kau kasi laju pun. Sudu tidak cukup, pinggan tidak sama warna. Haish.

Kalau host cakap dia simpan anjing, kena terimalah. Mungkin kau boleh beritahu kau elergi pada anjing. So pandailah host simpan. Kalau susah sangat, cari homestay lain.
4. Tiap rumah ada manual. Bacalah. Basic kot. Check in check out pukul berapa. Dan setahu aku mat salleh paling meluat kalau guest datang ikut suka hati dia. ikut masa. Ini bukan hotel bang yang ada reception 24 jam. Kalau datang awal/lewat, beritahu. Kadang2 tuan rumah nak tidur, mereput tunggu tetamu datang pukul 10 malam. Kalau kau mahu check out lewat beritahu.

5. Host yang baik, akan sediakan basic travel guide. Maklumat password wifi, dimana kedai makan, laundry, cara dapat teksi, stesen bas atau train. Sampaikan macam mana mahu guna dapur pun mesti dia akan bantu. Pemegang mesin basuh aku patah sebab kena paksa bukak. sedangkan sudah ditulis tunggu seminit sebelum buka. Dia paksa juga. Sedangkan kalau bertanya, aku dengan lapang hati boleh tolong.
6. Kita orang Asia terkenal dengan masakan berempah ratus ribu. Kari alagappa bagai. Bau melekat satu rumah. Jadi bila kau masak, bukalah ventilation. Atau buka sikit tingkap. Kalau dia tulis free to use dalam almari, pakailah. Biasanya memang untuk diguna. Dan kalau kau rasa ada lebihan bahan yang tidak dibawa balik, kau tinggalkan. Contohnya garam dan gula.

7. Lepas guna dapur, basuh. Keringkan dan susun balik pinggan, sudu, periuk. Pantang tinggalkan tidak berbasuh. Sampah kau buang siap. Senang cerita, kau tinggalkan rumah sama macam mana kau datang. Adalah perangai kita suka combine katil. Lepas combine, kasi kasi susun balik.
Satu lagi amalan kita guna bilik air basah. Tidak salah pun, tapi mungkin langsir kau tidak tarik ketika mandi. Cebok tu, air janganlah bersepah. Kalau basah, ada floor towel lap lah sikit.
8. Host yang baik selalunya akan bagi welcome gift. Buah ke coklat ke. Tapi ramai juga aku tengok bawa balik semua. Bukan setakat welcome gift, gula paket, kopi, teh semua sebat masuk beg. Buat perangai macam hotel. Ada sikat ke, shampoo, sabun pun semua. Hotel mungkin boleh buat, tapi homestay inikan rumah orang. Tidak sesuai bawa gula rumah jiran kau balik. Haishh.

9. Pakai apa yang kau perlu. Kalau datang 5 orang pakailah 5 tuala. Selalunya tuala keenam orang kita buat jadi lap meja atau lap bilik air. Huhu.. Kalau ada 5 katil, tapi kau cuma perlu 4, tidak perlulah pakai satu lagi. Janganlah tukar katil walau tiada siapa mahu halang atau larang.

Kalau kau cakap datang 2 orang, jangan kau datang berlima. Siap bawa sleeping bag. Orang putih kata orang Asia ini ‘miser’, kedekut, tahi hidung masin. Malulah. Sudahlah datang lebih, pandai pula minta towel extra. Choi!
10. Kalau host kata check out pukul 11.00, keluarlah lebih kurang masa tu. Jangan 11am baru kau baru mahu mandi, sterika baju atau baru nak sarapan. Host mahu buat housekeeping lepas kau check out. Tukar cadar, vakum, bersihkan rumah.. Next guest masuk pkl 2 atau 3, kasilah mereka masa yang cukup. Common sense.

11. Tinggalkan review. Dalam review boleh bagi markah pada host. Kebersihan, komunikasi, value dan sebagainya. Kita kadang malas sebab rasa komen itu tidak real. Tapi pengalaman aku, semua yang memberi komen dan review itu adalah tetamu homestay. Bukan robot atau tipu-tipu.

Host pun sangat alu-alukan review. Orang putih ini selamba, kutuk saja. Lantaklah, tidak mati pun. Yang penting dia akan improve service. Bagi bintang pada homestay dia. Kalau service host selalu dapat 3 star ke bawah, Airbnb sendiri akan suspend akaun dia. Haa.. Jaga kualiti. Homestay aku di London hampir delisted dari Airbnb sebab guest complaint tiada air panas. Haha. Padan muka aku!

Jangan lupa host pun boleh bagi rating pada tetamu. Kalau kau punya kedekut, jangan haraplah rating kau baik. Host lain mesti lari dari kau. Itu sebab ada kes host yang discriminate sikit lari jauh-jauh dari orang Asia.
Memanglah Eropah bukan semuanya baik, tapi mana yang elok kita mungkin boleh ikut. Lain tempat lainlah caranya. Kalau homestay kita di Malaysia, sewa satu rumah duduk ramai-ramai sampai pecah. Sini tak boleh. Silap2 tuan rumah tidak bagi kau masuk. Tidak semestinya kalau kau bayar, ko boleh buat apa suka ya.
Moga membantu.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Host Airbnb tahun ketiga
Glasgow, Scotland