You are currently viewing Catatan Kembara #227 : Misi Mencari Travel Buddy
Memandu kereta membolehkan aku bebas ke mana sahaja. Dan paling best berhenti dimana-mana dan posing! Weehooo!

Catatan Kembara #227 : Misi Mencari Travel Buddy

Ada kawan mesej di FB. Tanya mana satu trip yang dia patut pergi. Keliru nak pilih katanya.

Sekejap nak ke Jepun, sekejap nak ke Korea. Bila aku cerita Europe, makin meneguk air liur. Mudah benar naik seronok.

Bukan masalah duit, tapi tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya, tak jadi pergi. Tahun depan, pasang azam sama, tapi tak pergi juga.

Ohoi! Sedar-sedar kau sorang duduk mereput tak ke mana.

Aku share sikit beberapa langkah traveler bijak merancang trip. Moga bermanfaat untuk kau juga.

1. Mula dengan cari kawan travel. Travel buddy. Kawan sekolah, sepejabat, suami/isteri. Siapa pun boleh. Tidak perlu ramai. 5 ke 6 orang dah cantik. Ramai sangat pun poyo je tu.

Travel berkawan-kawan lebih seronok berbanding travel seorang. Sekurangnya ada orang untuk tolong snap gambar kau masa travel. Haaa… Berguna tu.

Dalam group tu, mesti ada seorang hardcore atau tekong. Pilih yang ada agenda dalam hidup dia untuk travel. Kau cari yang ada travel passion. Orang ada anak kecik payah sikit jadi tekong.

Tag travel buddy kau sekarang. Kalau dia tak layan, move on. Ramai lagi traveler yang solo dan kesunyian di luar sana. Kalau jodoh tidak ke mana. Eh!

2. Travel group lebih murah dari travel seorang. Untuk deal kemudahan lebih baik. Contoh, kalau ko travel sorang, hanya mampu duduk hostel. Tapi kalau travel dalam group, share duit boleh duduk di homestay lebih selesa. Worth for money.

Makanan pun boleh share. Bawa makanan sama-sama. Pakat masak sekali. Kenyang lapar sama-sama.

3. Kalau perempuan, tambah kalau jenis penakut jalan sorang, kasi salinan passport pada tekong. Bila ada promo tiket atau pakej murah kita pakat sambar terus.

Bukan masa promo baru terhegeh-hegeh cari travelbuddy. Konfirm tak sempat. Good deal hanya datang sesekali kawan.

4. Beli tiket flight awal-awal. Kajian aku membuktikan orang yang sudah TERbeli tiket, 99% akan TERtravel akhirnya. Lebih lagi kalau tiket mahal.

Main kutu. Kira tabung travel buat cara paksa. Tiap-tiap bulan kita ‘mencarum’. Disiplin cara paksarela. Walau mula-mula duit macam tak tahu mahu cekau mana, tiba-tiba ada. Rezeki Tuhan tu rahsia.

5. Cari travel buddy that keep you alive. Kalau kau dah kenal kawan yang akan travel sama-sama, semua jadi senang. Ko boleh berlebih kurang, kau tahu terlebih terkira. Boleh fokus pada travel, kurang masa ice-breaking baru nak berkenalan.

Travel buddy come and go. Kena rajinlah cari. Kalau tak jumpa juga, mesej aku kat tepi. Aku carikan jodoh travel yang sesuai nanti.

6. Betulkan niat travel. Kita keluar agar terbuka fikiran dan bersyukur dengan nikmat Tuhan. Bukan asyik bergaduh dalam negeri sebab asal keturunan.

Travel niat cari kebaikan untuk ramai orang, bukan diri sendiri. Ia lebih dari sekeping gambar selfie.

7. Travel ini ibarat pasang cita-cita. Satu hari kau akan sampai juga. Mungkin bukan sekarang, tapi tahun depan atau mendatang. Dunia itu luas, tapi dimulakan dengan angan jiwa yang mahu bebas.

Lagi pun, angan-angan itu kan percuma. Apa salahnya cuba.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Tour leader kesayangan ramai
Glasgow, Sekutland Darul Alam

Nota : Follo catatan kembara aku di FB Irwan Dahnil. Nak add friend dah penuh. Aku ada 4 travel group. Pasang 4 tu kan sunah. #petirkatkepala

Nota #2 : Semua diatas tak terpakai kalau kau Mr Solo hidup mengadap pokok dan handphone saja.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply