Tahun ini sudah masanya untuk aku renew sekali lagi visa untuk satu famili. Untuk memohon perlu disertakan dengan dua keping gambar ukuran passpot mengikut standard UK.
Antara standard UK adalah mengikut saiz 4.5×3.5cm background warna putih. Antara yang aku paling terkesan bila gambar mesti menunjukkan muka tanpa ekspresi. Macam tiada perasaan. Jadi tidak boleh senyum, menyeringai.
Untuk muka semula jadi aku yang garang macam ini, nampak macam cari gaduh pun ada. Huh! Maklumat lanjut untuk keperluan gambar UK boleh refer di website UKVI.
Ada dua benda yang aku menyampah ambil gambar disini.
- Susah mahu cari masa free untuk anak-anak sebab semua bersekolah. Hujung minggu paling sesuai, tapi mahu bawa anak semua berderet ke kedai gambar aku tidak berapa gemar.
- Harganya buat aku tercekik. Kalau guna photobooth, lagi lah payah nak dapatkan kualiti dan hasil yang elok. Kalau ke kedai gambar mungkin dalam £8 untuk sekeping gambar.
Kalau aku berlima orang, habis juga £50 ye tak. Haha. Boleh beli barang dapur untuk seminggu.
Jadi aku explore dan cari cara untuk hasilkan sendiri. So far aku rasa sangat berjaya. Aku share sikit pengalaman aku untuk hasilkan gambar tersebut mungkin berguna untuk kau dimasa akan datang. (Kalau kau rasa cara cheapskate macam aku tak sesuai, abaikan)
AMBIL GAMBAR SENDIRI
Ambil gambar sendiri sama ada gunakan kamera handphone atau kamera sendiri. Aku sendiri guna DSLR dan tripod, kemudian aku bentangkan cadar putih belakang dinding. Kemudian letakkan kerusi di depannya. Ambil jarak yang sewajarnya dari kamera ke objek.
Cabarannya adalah cahaya. Kalau ada bayang-bayang maknanya cahaya tak cukup atau tidak seimbang.
EDIT GAMBAR
Lepas aku Google aku jumpa satu website ni. Sangat berguna untuk membantu kau edit gambar ikut spesifikasi UK. Secara mudahnya seperti berikut :
- Buka website epassportphoto.com
- Pilih Do It Yourself
- Pilih Upload Photo dari gambar yang sudah disnap tadi.
- Ensure compliance. Maksudnya kena pandailah adjust ikut spesifikasi gambar UK.
- Kemudian Download Sheet.
Dia dah susun elok-elok untuk 4 keping gambar. Satu kertas gambar 3R tu boleh muat 8 keping gambar. Kalau mahu, copy sahaja 4 keping tadi dan tampalkan disebelahnya untuk hasilkan 8 keping gambar.
PERGI PRINT SENDIRI
Aku save semua file tadi ke thumbdrive. Kemudian cari kedai printing.
Yang ini kau kena cari tempat self printing machine. Kalau di UK ada Boots yang sediakan perkhidmatan ini. Kau kena cari dimana outlet Boots yang ada. Boleh check website Boots.
Aku print sendiri je, pergi ke komputer yang ada, masukkan thumbdrive. Kalau print on the spot 24 pence sekeping untuk gambar berukuran 3R. Boleh dapat 11 pence sekeping kalau kau sanggup tunggu seminggu.
So begitulah cerita aku menjimatkan duit. Haha. Sebenarnya bukan jimat tu sangat yang aku excited, cuma pengalaman aku explore ini rasa berbaloi sangat.
Moga bermanfaat
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Glasgow Scotland.