Masa aku kecil dulu pun kurang faham kenapa soalan orang tua-tua ketika raya selalu berulang.
.
“Eh! Dah besar anak kau.” Yelah. Takkan semakin kecil pula.
.
“Kau bila nak kahwin?” Soalan killer panas untuk bujang.
.
Dan banyak lagi soalan bunyi hampir sama. Soalan tiap tahun yang kadang boleh bikin hangin.
Sebenarnya itulah cara ice-breaking orang dulu-dulu. Bertaaruf, berkenalan. Memula perbualan.
.
Ada generation gap. Generasi lain, cerita pun mesti tak sama. Susah masuk. Sembang fijet spinner pun dia tak tahu apa. Gasing boleh ler.
.
Bila jumpa orang, nenek sedara aku dulu selalu guna taktik pujian. “Lawa gigi kau” sebab tak mahu orang terasa hati dengan soalan.
.
Itu sebab kadang kau pergi ziarah tengok org tua duduk senyap sahaja. Sebenarnya dia tak tahu nak cakap apa. Nak mula kat mana. Maka duduk diam jadinya.
.
Hidup jadi orang tua itu sunyi. Bila dunia kata pergi, yang muda lupa hargai. Kesian der.
.
Tak payah sentap sangat soalan gitu. Kita raikan saja. Dapat pahala gembirakan mereka. Esok kita pun akan tua juga.
.
Kita cool aje.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Hormati yang tua, sayangi yang muda
Glasgow, Sekutland