You are currently viewing Job Vacancy : Junior Tour Leader, Scotland

Job Vacancy : Junior Tour Leader, Scotland

Sebulan lepas aku baru sahaja lancarkan FB Page Scotland Muslim Tour, perkhidmatan untuk orang yang datang travel ke UK & Eropah.

Dah like ke belum?

Sebahagian dari pelan untuk membesarkan operasi, kami sekarang sedang mengrekrut calon yang sesuai untuk mengisi beberapa peluang bekerja di luar negara. Antaranya adalah aku mencari calon untuk kerja-kerja tour leading.

Antara skop kerja :
1. Membantu tour leader menguruskan tetamu
2. Menyusun jadual perjalanan trip
3. Membantu tugas am yang lain

Status kerja : Kontrak dahulu 3 bulan. Gaji usah tanya.

Syarat-syarat :

  • Kalau kau datang nak rehat-rehat, selfie, shopping dan main kuku, elok jangan. Tiap hari ada kerja kau kena buat. Bukan  tidur makan, ambil gambar sahaja.
  • Berminat dalam membuat kajian di internet, menulis dan mencatat pengalaman, mengambil foto. Kau kena buat catatan kembara bukan untuk diri sendiri. Tapi untuk kau share dengan orang yang akan baca. Ada akaun FB & IG yang aktif
  • Memiliki lesen memandu kereta adalah satu kelebihan.
  • Adventurous, berani mencuba perkara baru dan mengambil risiko.
  • Wajib pandai guna internet dan celik komputer.
  • Senang cerita, aku cari lelaki atau perempuan yang berumur antara 26-35 tahun yang masih bersih jiwanya.
  • Taat suruhan Tuhan, tidak minum arak dan mendirikan solat. Kalau umur terkurang lebih, aku kena interview dulu.
  • Perlu bersedia untuk datang dan sediakan yuran training RM400. Kalau tiada, aku tak dapat bantu.
  • Tiada kelayakan akademi diperlukan. Tapi kalau tidak pandai baca, susah juga kan.

Cara Memohon

  1. Isi borang dibawah. Aku tapis dahulu.
  2. Hubungi aku dengan www.wasap.my/447922405443/PTL
  3. Sekiranya shortlisted, nanti aku akan beri respon semula melalui Whatsapp. Kita sambung bincang disana.

UPDATE : 22/05/2018

  1. Bagi yang tiada pengalaman tour leading, aku suggest join the training dahulu. Pada 28&29 Julai 2018 di KL. Training ini kami buat setahun sekali je, sebagai program recruitment.
  2. Ambil peluang ini untuk berkenalan dengan team kami. Kami pun mahu kenal-kenal juga.
  3. Jangan lah tanya wajib ke tidak, dah kalau kita tiada ilmu pergilah cari dulu. Kalau ilmu pun tidak mahu cari, baik jangan sertai. Jimat masa kita.
  4. Ramai tanya, lepas training terus dapat pergi UK. Jawapannya Ya dan Tidak.
  5. Ya jika kau ada attitude yang betul, kau ditunjuk ke jalan seterusnya.
  6. Tidak kalau kau rasa ini sekadar seronok, join training pun sebab emak daftarkan.
  7. Adik,. Orang masuk universiti hutang PTPTN berpuluh ribu pun ada yang tidak dapat kerja. Tapi kita ada kudrat usahalah. Benda tidak datang bergolek, sayang…

Itu sahaja. Jangan kata aku tak payung.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Scotland Muslim Travel

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply