Salam Sejahtera,
Pernahkah anda mendengar kata-kata yang menyatakan bahawa perniagaan yang tidak berbahasa Inggeris atau tidak menggunakan bahasa tersebut sebagai medium penyampaian merupakan perniagaan yang tiada ‘class’, tidak pergi ke mana, malah ada yang kata ‘low class’ ?
Malah ada yang kata perniagaan tersebut adalah ‘kekampungan‘ atau level bawahan…
Kesian. Saya sangat simpati kepada mereka yang mendapat label atau gelaran seperti itu. Tidak patut, sedangkan perniagaan kita tidak diukur melalui bahasa semata-mata.
Jika anda tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam perniagaan anda, tidak apa. Anda tidak perlu risau. Sebenarnya kita bercakap mengenai komunikasi di sini. Selagi pelanggan anda memahami apa yang anda ingin sampaikan, mesej tersebut berjaya mempengaruhi pelanggan anda untuk membeli, mengapa tidak gunakan bahasa yang anda sendiri lebih mahir?
Bagi saya, kita tidak perlu terburu-buru dalam menentukan bahasa apa yang ingin kita gunakan. Dalam perniagaan, kita perlu jelas dengan matlamat kita. Tentunya dalam perniagaan, selain dari mencari rezeki yang halal, kita mahukan keuntungan. Saya rasa dalam apa2 perniagaan, itulah asasnya.
Jadi isu bahasa bukan menjadi isu pokok!
Apakah matlamat anda?
Sekiranya matlamat anda hanya untuk menjual produk, dan produk anda boleh terjual dengan anda hanya berbahasa melayu, mengapa tidak? Atau mungkin pasaran anda lebih tertumpu untuk yang berbahasa malaysia sahaja… Mungkin juga…. tidak perlu berbahasa inggeris kalau begitu.
Tetapi matlamat anda ingin mendapatkan pasaran yang lebih luas, meningkatkan mutu dan prestasi perniagaan anda , nasihat saya, gunakan bahasa Inggeris..
Bukan! Bukan kerana saya ingin sangat menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi cuba lihat disekeliling anda. Kebanyakan bahan rujukan dalam bahasa Inggeris (akhbar dalam bahasa Inggeris menguasai lebih 40% pasaran akhbar di Malaysia pada tahun 2005),
Kertas kerja perniagaan juga kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Ada juga yang berbahasa Malaysia – untuk MARA. Yang lain-lain, bahasa inggeris telah menjadi lingua franca untuk komunikasi dalam perniagaan.
Untuk meluaskan pasaran anda, sekiranya pelanggan anda menggunakan English, anda perlu dapat berkomunikasi supaya pelanggan anda faham. Manakan mungkin ayam bercakap dengan kambing.. Itu kan bahasa yang berlainan…
Bagaimana kalau tidak tahu berbahasa Inggeris, tetapi saya mahu lebih maju?
Soalan favourite saya. Saya akan kata, ” Buatlah macam mana pun, janji perniagaan terus maju, dan produk dan perkhidmatan terjual!”
Kalau perlu pakai translator, pakailah translator. Kalau perlu upah orang untuk tulis dalam English, upahlah. Kalau perlu Kalau perlu menggaji pekerja yang Bahasa Inggerisnya ‘berabuk’, upahlah mereka.
Semua itu adalah penyelesaian sementara. Matlamat anda mungkin tercapai.
Tetapi penyelesaian yang hakiki anda dengan anda perlu BELAJAR. Lagi pun belajar adalah aktiviti sepanjang hayat. Tidak terlewat untuk memulakannya. Bukan untuk menjadi pakar bahasa, tetapi sekurang-kurangnya, ada perkara yang kita boleh lakukan sendiri tanpa mengharapkan orang lain!
Bidang keusahawanan adalah bergantung kepada usahawan yang menjayakannya. Pekerja-pekerja adalah orang yang melaksanakannya. “Without you, they are nothing”..