Salam sejahtera,
Baru sejam lalu saya sampai semula di KL setelah 4 hari berada di Melaka. Letih tak terkata, tapi apa boleh buat, saya terpaksa berkejar semula ke KL pada hari Ahad menghadiri wedding adik saya. Nasib baik sempat!
Ramai yang tanya saya, kenapa saya selalu tinggalkan office.. Nanti staff tak curi tulang ke? 🙂 Saya cuma senyum mendengar soalan tersebut. Memang saya selalu tinggalkan office. Kadang-kala dalam seminggu cuma sekali 2 sahaja saya dok di office.. Itu pun tidak lama, dalam 4-5 jam sahaja. Yang selebihnya saya berada di luar office atau outstesen.
Sebenarnya, saya ada formula sendiri bagaimana nak tinggalkan office. Dalam erti kata lain bagaimana nak jadikan office kita dengan minimum supervision. Staff tetap buat kerja, office selamat, dan yang paling penting, kerja saya berjalan seperti biasa.. Dah 4 tahun saya amalkan formula ini ( anyway, ini bukan formula pakai SMS ya! 🙂 ) Nantilah saya cerita… panjang pula nanti..
Gmail on mobile
Saya paling seronok dapat tinggalkan office tapi saya masih dapat check email saya seperti biasa. Sekurang2nya saya tidak terlepas membaca sebarang email. Mungkin kurang selesa sebab terbiasa dengan menggunakan mouse dan keyboard, tetapi bagi saya ini adalah penyelesaian terbaik daripada saya tidak tahu apa yang berlaku dan paling memeningkan kepala bila balik office, buka email, ada berpuluh2 email yang perlu dijawab! Lebih baik ada yang simple dan mudah dari tiada langsung. Tiada rotan, akar pun berguna kan?
Try everything first!
Itu nasihat Sabri yang saya akan kenang sampai bila2.. Cikgu, kali ni saya buat silap lagi.. Saya tak cuba autoresponder betul2 sebelum guna. Padahnya, saya terlambat seminggu dari perancangan untuk menghubungi pembeli ebook saya. Ramai dari mereka yang mahukan temujanji untuk perniagaan SMS mereka. Saya pun dah janji dengan mereka. Kepada mereka, ampun kan saya kerana terlambat seminggu!. Janji saya tak buat lagi!