3 Event Dalam 8 Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembac Blog,

Selalu tak anda terasa selalu tak cukup masa ? Yang ironinya, masa kita banyak kerja, masa tu lah terasa tak cukup dengan 24 jam. Memang ada masa lapang, tapi stress dan tensionnya takkan sama dengan waktu kita terdesak dengan kerja2 yang tak selesai.

Dulu saya selalu dengar2 kata yang saya ni susah betul nak ditemui. Hakikatnya, memang betul pun.  Ada masa2nya, saya free, tapi ada masa2nya saya lebih sibuk dengan urusan lain.. Bukan kerana tiada masa, cuma saya ni mungkin tidak selalu ‘muncul’ di dalam interest group. Saya lebih sibuk dengan ‘dunia’ saya sendiri 🙂

Anyway, kali ini mungkin peluang untuk berjumpa tiba kembali.

Sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang bermula 17 hingga 26 April ini, saya juga terlibat dengan beberapa acara.

Event #1  :  Kemunculan Penulis / Authors Appearance @ Booth True Wealth Publishing

Elok2 je buku kedua SMS saya diterbitkan, maka saya akan bersama-sama dengan penulis yang lain akan berada pada 18 & 25 April 2009 bermula jam 2 petang. Kalau anda ada pertanyaan tentang buku yang saya tulis, atau ada kemuskilan mengenai sistem SMS, atau hanya ingin datang untuk mendapatkan autograf :), saya mengalu2kan ….

Event #2.  Majlis Pelancaran Buku Bisnes SMS Cara Pantas

Tahun lepas, True Wealth mengadakan event yang sama. Tahun ni buat lagi. Cuma untuk memberi sokongan kepada penerbit kali ini saya juga hadir. Pihak penerbit meraikan penulis-penulisnya. Majlis ini akan diadakan pada 20 April 2009 bermula jam 3 pm di Ruang Legar PWTC.

Event2 ni percuma je kalau anda ingin hadir. Saya menjemput anda untuk sama2.  Kali ini, tak perlu risau kalau tak dapat berjumpa saya… Kali ini saya yang jemput anda! 🙂

Kalau ada masa dan kelapangan, bawa seisi keluarga ke PBAKL ni.  Sasaran pengunjung juga tinggi dan pelbagai acara dianjurkan. Ini masa yang terbaik untuk membeli buku dan bahan bacaan untuk seisi keluarga. Maklumat lanjut boleh diperolehi disini http://klbookfair.com/index.php/

Event #3 : Author’s Talk @ MPH Mid Valley : Buku SMS Cara Pantas

Seperti sebelum2nya, MPH akan menjemput penulis2 buku untuk bersama2 berkongsi pandangan dan hasil penulisan bersama2 audience.  Kali ini peluang anda untuk lihat sendiri, praktik dan juga sedikit demonstrasi bagaimana sistem SMS berfungsi. Jangan bimbang, bukannya kelas teknikal.. Cuma dengan talk ini membantu anda lebih memahami kandungan buku Bisnes SMS Cara Pantas.

Maklumat lanjut mengenai event @ MPH Mid Valley ada disini http://www.mph.com.my/promotions/promotions.cfm

Anyway, ini pertama kali nak buat book talk @ MPH. Sebelum ini dah banyak kali dijemput tapi tidak berkelapangan.  Saya sendiri tak tahu apa yang boleh dijangkakan dalam book talk kali ini.

Wish me luck & datang beramai2 tanda sokongan 🙂

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply