Salam Sejahtera,
Setelah hampir 3 bulan saya lancarkan Rahsia Buat Duit Dengan SMS pada November lepas. Pelbagai input, pendapatan dan pandangan yang saya telah terima. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan review terhadap ebook tersebut. Sesungguhnya saya sangat menghargainya! Terima kasih sekali lagi.
Hasil daripada segala pandangan, saya kemaskinikan ebook tersebut. Versi ini masih lagi pada versi 1 yang masih mengekalkan konsep versi sebelum ini, tetapi versi yang baru ini saya perbaiki segala kesilapan ketika menaip, kesilapan ejaan dan juga susun atur. Gaya bahasa juga saya ubah sedikit bagi menyesuaikan dengan pelbagai golongan pembaca. Paling bermakna bagi versi ini adalah penambahan point-point baru dan juga statistik yang terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan. Berita baik kepada usahawan SMS, jumlah pelanggan anda baru sahaja bertambah menjadi 21,583 juta orang!
Hari-hari terakhir BLOG SMSWang
Satu lagi keputusan yang agak sukar untuk saya ambil adalah apabila saya bertekad untuk menggabungkan blog-blog yang saya ada dan disimpan di irwandahnil.com. Saya menghadapi kesulitan dari segi penyelenggaraan blog tersebut khususnya dari segi teknikal. Kalau saya kekalkan satu blog, saya hanya perlu buat perubahan teknikal sekali sahaja. Kandungan blog pula pelbagai. Saya rasa ini adalah keputusan terbaik, walaupun sedih nak tutup blog SMSWang.
Ebook Baru
Saya dalam fasa terakhir untuk menyimpan ebook baru. Insyallah, saya akan releasekan pada awal Februari. Ebook ini merupakan rentetan dari ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Kandungan nya juga lebih berorientasikan perniagaan. Sesuatu untuk mereka yang bersungguh-sungguh untuk menceburi perniagaan SMS. Tidak seperti Rahsia Buat Duit Dengan SMS, ebook baru ini lebih memberi huraian mengenai senario perniagaan SMS yang sering dilakukan seperti undian (AFUNDI), SMS Contest, SMS Notification, SMS Reminder, SMS Broadcasting. Ebook ini saya rasa akan dapat memberi faedah kepada pembaca. Insyallah.
SMS Business Kick-Off
Saya akan (dan sangat pasti!) melancarkan perniagaan SMS saya di web untuk pertama kalinya secara serius. Sebelum ini, ketika pelancaran VCD Buat Sendiri Ringtone Anda, saya telah mendemonstrasikan penggunaan SMS sebagai kaedah tempahan. Sistem Tempahan irwandahnil tersebut cuba untuk membuktikan kepada mereka yang ragu-ragu, bahawa SMS boleh menjana pendapatan. Tetapi kali ini, perniagaan SMS saya lebih serius dengan objektif yang lebih jelas dan sasaran jualan yang lebih tinggi. Nantikan pelancaran perniagaan SMS saya yang pertama ya!