Cyberlaw – Adakah hak anda di Internet dilindungi ?

Beberapa lama saya menunggu bentuk undang-undang perdagangan di Internet. Lebih-lebih lagi banyak berlaku kes-kes penipuan (seperti SwissCash), kita sebagai pembeli atau penjual di Internet, sangat terdedah dengan risiko seperti ini.

Saya telah membaca berita di akhbar Utusan ini ketika di Kota Kinabalu, tetapi belum berkesempatan untuk mengulas. Apa pun, selepas ini, saya akan post kan beberapa artikel dan penemuan kajian undang-undang siber (cyberlaw) yang berkaitan (sekiranya ada) bagi anda. Ini mungkin membantu anda. Anda perlu tahu apa yang melindungi anda …

Berita ini saya edit, hanya untuk fokus kepada perkara utama…

Lindung e-dagang: Akta Pengguna 1999 dipinda

ALOR STAR 5 Sept. – Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi melaksanakan Akta Perdagangan Elektronik 2006 yang bertujuan melindungi pengguna yang membuat transaksi secara elektronik atau e-dagang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S. Veerasingam berkata, langkah itu untuk membolehkan para pengguna membawa peniaga yang didapati melakukan penipuan ke tribunal pengguna dan dikenakan tindakan.

…………………………..

………………………….

‘‘Di bawah akta ini, kita boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat dan ejen yang terlibat dengan penipuan atau memberi maklumat palsu terhadap produk dan perkhidmatannya.

‘‘Jika masalah yang timbul melibatkan syarikat berpangkalan di luar negara, kementerian akan bekerjasama dengan rakan sejawat kami di negara terlibat ataupun tribunal pengguna di negara itu untuk mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan,” katanya.

………………………….

………………………….

Veerasingam berkata, pindaan akta itu akan dibentangkan di Parlimen sebelum akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada penggal pertama tahun hadapan.

Pada masa ini, katanya, negara tidak mempunyai undang-undang yang mengawal penjualan melalui Internet atau e-dagang bagi membolehkan pengguna mengambil tindakan terhadap peniaga.

Pengguna, tegasnya, perlu berfikir secara bijak terutama apabila berhadapan dengan ‘tawaran’ pelaburan yang menjanjikan pulangan sebanyak 300 peratus dalam tempoh 15 bulan.

p/s : Bagaimana pula melindungi hak peniaga internet terhadap pengguna/pembeli yang tidak asli ? Yang hanya ‘suka-suka’ untung mempermainkan peniaga ?? Harap2 akta yang dipinda lebih menyeluruh ..

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply