SMS Center – Ibarat Pos Berdaftar

Salam Sejahtera,

Selepas membaca ebook Rahsia buat Duit Dengan SMS, ramai yang email saya bertanyakan hal-hal teknikal. Saya bukan tidak boleh huraikan, tetapi pendekatan saya adalah perniagaan. Saya bukan buat blog atau ebook untuk orang teknikal, tetapi menjurus kepada mereka yang berminat meniaga.

Anyway, sejak minggu lepas, saya cuba juga huraikan beberapa perkara teknikal. Bukan terlalu teknikal, tapi sekurang-kurangnya dengan pendekatan teknikal dapat berkongsi maklumat bahawa hal-hal teknikal SMS bukanlah perkara mudah.

Kali ini saya cuba berkongsi beberapa fakta teknikal mengenai teknologi SMS.

SMSC sebenarnya adalah singkatan untuk SMS Center. Apabila kita menghantar sesuatu SMS dari handphone, ia akan sampai terlebih dahulu kepada SMS Center. Cuba anda belek-belek dan godek-godek handphone anda, tentunya ada satu menu didalamnya yang membolehkan kita memasukkan nombor SMS Center. Biasanya nombor SMS Center ini diberikan secara automatik yang tersimpan dalam kad SIM yang dibekalkan oleh telco. Kita biasanya tidak perlu susah-susah untuk menukar setting tersebut.

SMS Center yang berada di telco berfungsi untuk menentukan ke mana destinasi SMS yang hendak dihantar. Sekiranya handphone penerima di off kan, maka SMS tersebut akan disimpan di server terlebih dahulu. Apabila handphone penerima di on kan, SMS tadi akan dihantar sekali lagi.

Ibarat surat atau pos berdaftar. Pengirim akan menetapkan siapa penerima. Sekiranya penerima tidak dapat dihubungi atau surat tidak dapat dihantar, maka surat akan disimpan di pejabat pos berhampiran.

SMS Center juga menentukan destinasi penerima SMS tersebut. Biasanya destinasi seterusnya adalah ke SMS Center yang lain (ke telco yang lain) atau ke penyedia kandungan.

Nampak macam agak complicated, tetapi sebenarnya ia hanyalah beberapa saat sahaja.. Percaya lah!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply