Ini kali ketiga saya menulis blog hari ini. Tak tau ape yang tak kena dengan WP saya hari ini, meragam tak boleh nak save post aje… .. Tak pe lah.. saya tulis semula…
Kawan2 saya dah ramai yang berjaya dalam kerjaya masing2. Jadi senior officers atau menjadi pengurus. Setakat terbang keluar negara sana-sini dah biasa sangat. Tak heran kata orang!
Bila berjumpa, ramai yang jeles sebab saya katakan pada mereka yang saya hanya bekerja dari rumah, tidak keluar negara sekerap mereka. “Best la engkau.. duduk rumah je, boleh main dengan anak…”
Memang best pada pandangan mata. Tapi sebenarnya dorang ni tatau yang saya sebenarnya mengalami satu sindrom 🙂 Sindrom yang membuatkan saya rasa malas nak buat keje dan rasa nak berseronok2 je 🙂
Sebenarnya duduk di rumah juga mempunyai masalah sendiri. Cabaran nya juga ada… Meh saya ceritakan yang tak bestnya duduk rumah (sebenarnya best, cuma negative element tu ada juga) :
Malam tadi tido lewat sikit sebab siapkan salesletter. Then pagi ni lepas solat subuh mata macam berat je.. “Tido la kejap.. bangun pun tak larat buat ape pun… ” Zzzzzzzzzzzzzz
Sedar2 dah 2 jam terlajak. Jam dah pkl 9 pagi, terus on laptop. Sedang laptop boot up tu, pegi berus gigi dan basuh muka… “Grr…grr… sejuk… Mandi kejap lagi leee…. ”
Lepas berus gigi berkeroncong plak perut. Turun bawah bukak tudung saji, cari makanan. Ahah! Mihun… Sodapnye!” Nyum…nyum..!!
Amik remote, switch on TV, sambil tengok2 berita pagi.. Sambil2 tambah mihun sebab lapar…
Alamak! Dah nak pkl 12 pulak ni… Kene lunch la pulak! “
So bila masanya nak buat kerja ? Kerja yang menunggu semakin lama semakin menimbun, di’parking’kan kat tepi meja KIV ….
Sindrom rasa tak bermotivasi, rasa malas, nak rilex2 je dan main2 ngan anak…
“…. Berenti makan la dulu… Lapar.. Makruh pulak nanti buat keje lapa2 🙂 Lauk ape ye nak makan ?
Burpp..! Alhamdulillah. Tetiba mata rasa berat je… Katil yang berada sebelah laptop mempunyai aura yang lebih kuat dari laptop tu sendiri…
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!
Opsss.. Tertidur … “
Solat then sedar2 dah petang… So nak bawak anak jalan2 kat playgroud…
BILA MASA NAK BUAT KERJA NYE ?
Memang tak de boss atau supervisor nak tengok kita bekerja. Tidak bermakna suka hati kita je nak makan, minum, tido pkl brapa…
So siapa kata kat rumah boleh rilex2 sambil buat keje ? Ini hari kerja, bukan hujung minggu…
p.s : Berdasarkan kisah benar. Semua penjiwaan watak adalah dari individu yang realitinya masih hidup.
p.p.s : Anda yang sedang baca blog ini, sudah2 la baca.. Kembali la ke laman yang membolehkan anda membuat kerja. Dah berapa banyak blog anda bazirkan masa untuk membaca di blog ? 🙂
p.p.p.s : Biasanya sindrom ini boleh berlaku bila2 masa. Kerja akan terbengkalai, jiwa akan meracau 🙂
ÂÂ