Kurangkan Kos, Tingkatkan Untung

Salam Sejahtera,

Malam tadi sebelum saya tidur, saya menerima email dari salah seorang pelanggan. Pelanggan ini telah membuat pembayaran untuk menghadiri seminar pada 7 Julai 2007 nanti Beliau bertanya, apakah yang perlu dibawa sebagai bukti pembayaran apabila beliau datang ke seminar nanti? Beliau agak musykil kerana tiada sebarang dokumen bukti pembayaran yang boleh dijadikan sebagai bukti pembayaran. Beliau hanya mendapat satu SMS dari Sales Team Seminar SMS yang menyatakan pembayaran beliau telah diterima dan tempat duduk telah direservekan untukbeliau. Beliau juga tertanya-tanya bagaimana identiti pelangggan yang telah membayar dikenalpasti ketika pendaftaran seminar.

Saya jelaskan kepada beliau (dan juga anda yang ingin tahu), bahawa Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS tidak menggunakan sebarang transaksi secara manual seperti mengisi borang, membuat pembayaran dan menerima resit. Tetapi untuk urusan tersebut telah dipermudahkan dengan mengisi borang di internet dan juga pengesahan pembayaran melalui SMS sahaja.

Konsepnya sangat mudah. Apabila pembayaran seminar telah dibuat, pelanggan hanya akan menghantar SMS pengesahan ke nombor 5 digit yang telah ditetapkan. Sales Team SMSWang pula, akan memeriksa melalui sistem SMS yang tertera nombor telefon pelanggan tersebut dan jumlah yang telah dibayar. Apabila pembayaran telah disahkan, suatu SMS notofikasi akan dihantar ke telefon bimbit pelanggan tersebut yang menyatakan pengesahan telah diterima dari pelanggan.

Pada hari seminar, pelanggan akan mendaftar dengan hanya menunjukkan SMS tersebut. Konsep ini nampak janggal. tetapi perlu diingat SMS boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah. Kalau mahkamah menerima SMS sebagai bahan bukti, mengapa tidak kita?

Ia praktikal kerana, SMS yang dihantar ke pelanggan adalah dari identiti yang unik. Lagi pun, setiap pelanggan mempunyai nombor telefon yang berbeza. SMS tersebut juga tidak boleh diforwardkan kepada orang lain kerana identiti penghantar SMS telah disetkan awal2 lagi oleh Sales Team SMSWang.

Konsep baru ini juga kadang-kala memerlukan sedikit masa untuk diterima. Sebagai contoh, apabila Airasia mula memperkenalkan penerbangan tanpa tiket (ticketless filght), terasa juga kejanggalannya. Dah bertahun-tahun naik MAS, dah biasa pegang tiket, tiba2 Airasia muncul dengan tiket yang hanya bercetak di kertas A4! Kan ke pelik rasanya tu..

Yang penting Airasia ingin meningkatkan keuntungan dengan mengurangkan kos sesuai dengan konsep ‘no-frill’ yang diperkenalkan. Kadang-kala bila terlalu banyak kos operasi dan overhead yang ditanggung, menjadi suatu beban. Kalau tindakan Airasia tidak tepat, mengapa pula dalam proses rasionalisasi MAS juga meniru dengan menggunakan cara yang sama?

Trend memang susah untuk diterima, tetapi akan dapat diterima sekiranya ia praktikal, tepat dan menguntungkan. CUma memerlukan sedikit masa dan kesabaran sahaja.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply