Mengapa SMS terus popular?

Salam Sejahtera,

Minggu pertama Januari ini saya akan tambahkan beberapa kategori tajuk utama dalam blog SMS ini. Sebelum ini, saya telah memulakan posting Siri Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 Hari. Seterusnya saya juga mungkin akan memasukkan maklumat mengenai beberapa analisis perniagaan SMS yang popular ketika ini. Ada juga beberapa email yang saya terima meminta memasukkan posting yang berkaitan teknikal. Saya rasa sesuai juga, tetapi mungkin saya akan hadkan kerana SMSBlog yang dibangunkan ini khusus untuk pembangunan perniagaan SMS dan bukan secara teknikalnya.

Berbalik kepada topik post hari ini, SMS masih lagi memacu pasaran dengan penggunaan yang meluas. Dalam ebook saya ada menerangkan 3 perkara utama mengapa perniagaan berasaskan SMS adalah model perniagaan yang mempunyai prospek yang cerah iaitu :

1. Caj penghantaran dan penerimaan yang rendah oleh telco. Ia menjadikan SMS sebagai mampu dimiliki oleh pelbagai peringkat usia.

2. Kandungan berasaskan teks memudahkan maklumat dimanipulasi oleh pelbagai sistem. Ini merupakan ciri fleksibiliti sistem SMS yang paling ketara.

3. Hampir semua handphone masa kini menyokong SMS sebagai ciri minimum. SMS tidak memerlukan ciri2 khas pada handphone seperti perkhidmatan lain seperti MMS dan 3G.

Sungguhpun begitu, terdapat juga pelbagai ciri2 SMS yang menjadikan ia tetap popular. Antaranya :

1. Mesej SMS boleh dibaca dan dihantar bila-bila masa (tidak termasuk keadaan bila talian telco bermasalah). Memandangkan handphone boleh dikatakan sebuah alat yang “wajib ada” pada seseorang, handphone sentiasa ada. Tidak kira di mana anda berada sama ada di sekolah, di pejabat atau di rumah.

2. SMS boleh dihantar kepada handphone lain walau dalam keadaan dimana handphone penerima SMS tidak dihidupkan sama ada disebabkan tiada network coverage, tiada bateri atau handphone tersebut rosak. SMS yang dihantar akan disimpan terlebih dahulu sebelum dihantar ke handphone penerima pada ketika handphone tersebut bersedia dalam rangkaian telco.

3. SMS adalah telekomunikasi ‘sunyi & bisu’. Ini merujuk kepada keadaan dimana SMS boleh dibaca dan dibalas pada bila2 masa tanpa mengganggu persekitaran. Menaip mesej juga tidak menghasilkan sebarang bunyi yang mengganggu. Tidak seperti talian telefon, seseorang yang terpaksa menjawab sesuatu panggilan dan dalam masa yang sama terpaksa ‘mengganggu’ persekitaran. Contohnya di bank yang melarang menggunakan handphone, tetapi tentunya tidak dapat mengawal dan melarang daripada pelanggan menggunakan SMS bukan ?

4. SMS adalah platform yang matang. SMS disokong oleh pelbagai telco atau network carrier di pelbagai negara. SMS juga disokong handphone berteknologi GSM menjadikan ia lebih global.

5. Dari segi teknikalnya, SMS merupakan teknologi yang menyokong pelbagai pembangunan aplikasi wireless. Selain dari menyokong GSM, SMS boleh membawa data binari selain dari teks. Ini membolehkan ia membawa pelbagai data seperti ringtone, gambar, operator logo, wallpaper, animasi dan juga VCard. Kemudahan teknologi reverse-billing juga memudahkan sebarang kaedah pembayaran dalam transaksi SMS.

Ada sebarang pandangan mengapa SMS masih dan terus popular?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply