SMS Case Study : SMS Feedback Untuk Iklan Seminar Sabah III

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Hujung minggu lalu baru sahaja selesai penganjuran Seminar Pemasaran dan Perniagaan SMS di Kota Kinabalu. Alhamdulillah, seperti yang saya ceritakan, semuanya berjalan dengan lancar. Semua dah selesai.

MInggu depan kalau tiada aral, kami akan ke Kota Bharu pula.

Tapi ada yang tak selesai…

Hari ini saya akan sambung tentang SMS Study Case bagaimana untuk menggunakan SMS Feedback dalam mempromosi dan mengiklan seminar di Sabah. Memang mencabarlah buat iklan di Sabah. Ditambah dengan bahasa tempatan, pening juga bah kepala saya dengar tu…

Untuk anda melihat topik yang kita bincang dalam study case ni rujuk :

1. SMS Study Case 1 : Konfigurasi sistem

2. SMS Study Case 2 : Pengiklanan

Anyway, hari ini sambungannya adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan iklan yang saya buat, feedback yang saya terima, dan keputusannya.

Jumlah Iklan Dipaparan Akhbar

Semua sekali saya telah mengiklankan sebanyak 6 kali di 3 akhbar tempatan di Sabah. Pada 25 Mei 2008, saya telah mengiklan di New Sabah Times, Daily Express dan Borneo Post. Setelah melihat feedbacknya, Daily Express memberikan respon yang paling baik. Oleh itu pada 11 Jun 2008 saya hanya membeli 1 iklan di akhbar tersebut. Akhbar yang lain saya saya lupakan. Begitu juga pada 14 dan 15 Jun, saya hanya beli iklan dalam Daily Express.

Apakah Akhbar Yang Paling Memberi Respon ?

Mengapa perlu 3 iklan serentak pada 3 akhbar yang berbeza ? Pada 25 Mei 2008, saya memerlukan impression dalam akhbar. Supaya orang sudah mula terbaca tentang seminar saya 4 minggu sebelum seminar. Ia akan disusuli dengan iklan 2 minggu dan 7 hari sebelum seminar.

Sebelum 25 Mei, saya tidak tahu akhbar mana yang memberikan respon yang paling baik. Mengikut ABC, ia adalah Daily Express. Walaubagaimana pun, saya perlu cuba dahulu dengan membeli iklan di ketiga2 akhbar yang paling popular di New Sabah Times, Daily Express dan Borneo Post.

Setelah sehari, berikut adalah jumlah maklumbalas yang saya terima.

New Sabah Times : 3 respon

Borneo Post : 8 respon

Daily Express : 23 respon

Oleh itu, saya telah mengetahui akhbar mana yang paling berkesan. So sejak hari tu iklan saya hanya di Daily Express.

Bagaimana Saya Tahu Respondan Datang Dari Mana ?

Inilah keistimewaan SMS.

Andaikan kita mengiklan di 3 akhbar dengan hanya meletakkan nombor telefon kita untuk respondant hubungi, kita perlu bertanya dari mana mereka dapat nombor telefon mereka. Ia agak janggal kerana kelihatan kita yang ingin bertanya kepada pelanggan. Secara mudahnya, dengan meletakkan nombor telefon sahaja, kita tidak tahu iklan di akhbar mana yang membuatkan pelanggan menghubungi kita.

Berbeza dengan SMS. Anda masih ingat dalam iklan saya ada letakkan MY[jarak]SBH[jarak]NamaAnda untuk membolehkan mereka menempah seminar secara SMS ?

Apa yang saya buat, saya ciptakan format yang berbeza utk ketiga2 akhbar.

Untuk Daily Express saya ciptakan : MY[jarak]SBH[jarak]NamaAnda
Untuk New Sabah Times, saya ciptakan : MY[jarak]SBHA[jarak]NamaAnda
Untuk Borneo Post, saya ciptakan : MY[jarak]SBHB[jarak]NamaAnda

Di dalam sistem SMS saya akan terpapar SMS yang akan dihantar oleh pelanggan.

Cuba anda lihat snapshot di atas. Tersenarai dalam sistem SMS saya tarikh, masa, nombor telefon dan nama si penghantar SMS.

Yang lebih penting saya dapat bezakan bahawa siapa yang menghantar SMS MY SBH datangnya dari iklan Daily Express, dan SMS yang lain datangnya dari akhbar yang lain.

Ini yang istimewanya, kerana SMS dapat membantu saya memilih akhbar yang paling responsif. Dan satu lagi, secara automatik saya terus dapat nombor telefon pelanggan yang ingin sertai.

Pemasaran Yang Proaktif

Antara soalan yang paling kerap saya terima adalah bagaimana untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan. Lebih susah adalah untuk mendapatkan nombor telefon bimbit pelanggan kerana telefon bimbit ni adalah barangan personal.

Saya rasa saya telah menjawab soalan2 tersebut.

Saya tidak perlu bertanya kepada pelanggan apakah nombor telefon mereka. Tetapi mereka yang berikan telefon mereka secara sukarela 🙂

Senang je nak dapatkan nombor telefon tu sebenarnya kalau tau caranya

Sehingga berjumpa lagi….

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply