You are currently viewing Mana Lebih Baik : Kashmir vs Switzerland

Mana Lebih Baik : Kashmir vs Switzerland

Orang tanya mana best Kashmir atau Swiss yang lebih baik. Tentulah tidak adil dibandingkan keduanya. Tapi aku bagi point untuk dinilai.

1. Ketinggian : Berdiri di perkampungan Murren, Switzerland kita boleh menikmati puncak glacier Eiger, Mönch dan Jungfrau sekitar 8,000 kaki. Di Kashmir, ketinggian itu dua kali ganda, snow dan glacier tidak dinafikan lagi.

2. Tarikan : Kedua-duanya mempunyai pemandangan banjaran pergunungan yang melintang panjang, tempat sejuk bersalji, lembah kehijauan, dan tasik yang tenang.

3. Swiss sangat memelihara alam sekitar, sungai yang bersih mengalir dan mengenakan peraturan yang ketat terhadap bahan buangan. Tapi pembangunan terancang sangat, hilang asli alam semulajadi..

4. Kashmir ibarat gadis desa yang tidak tercemar dengan sosial media dan dunia luar. Ia asli dalam kehidupan yang semulajadi. Tiada pembangunan berlebihan. Tapi tanpa perancangan, maka cacatlah kualiti servis dan penjagaan alam.

5. Swiss boleh diteroka dengan pelbagai pilihan kembara. Berjalan kaki, berbasikal, bot, berkereta mahupun keretapi. Setinggi rumah di gunung pun bas boleh sampai, dalam apa keadaan cuaca.

6. Semakin jauh kembara ke dalam Kashmir, hanya kenderaan beroda empat sahaja yang boleh dicapai. Di musim sejuk, rantai salji wajib dipakai. Tetapi kembara berkenderaan ini, melalui perkampungan dan kampung yang sangat memanjakan mata.

7. Kemudahan untuk Pelancong : Tentunya Swiss menang. Tidak hairan, negara antara paling kaya di dunia, tentunya servis jauh lebih baik dari negara ketiga. Lebih lagi toilet yang bersih walau tiada paip bidet.

Kashmir menang dari segi kemudahan oramg Asia. Pilihan makan pula layanlah beriyani tu selagi larat. 99 peratus penduduk Kashmir adalah Muslim, ia mudah untuk kembara orang Islam. Toilet ada kepala paip, mainlah air puas-puas.

Swiss melabur dalam pelancongan. Hasil pendapatan negara.

Sedangkan 50 peratus penduduk Kashmir terlibat dengan pelancongan. Tetapi tidak semua menjadikan pendapatan utama.

8. Merancang Kembara : Swiss negara yang transparent. Kebanyakan maklumat kita boleh dapatkan di internet. Mengatur kembara lebih tersusun dan tepat.

Kashmir datang dengan cabaran berbeza. Ibarat, beli aiskrim, tapi dapat yogurt. Atau tambah topping aiskrim, tiber dapat milkshake. Sungguh, di Kashmir banyak kejutan.

9. Budaya : Kashmir orangnya ramah, lebih mesra dan mudah berkomunikasi. Walau tidak semua pandai berbahasa Inggeris, tapi layanan hangat itu boleh dirasai.

Budaya orang Swiss tidak seperti itu. Lebih privasi, tidak terbuka pada umum dan agak straight forward. Mereka tidak sombong, tetapi tidak juga mesra.

10. Kos : Kalau kaya pergilah Swiss. Kashmir menawarkan lebih dari separuh penjimatan. Tidak perlu diperdebatkan.

.Membandingkan keduanya bagi aku agak sukar. Ibarat mana satu yang lawa, Fazura atau Zahirah Macwilson.

Atau bandingkan Fattah Amin vs ID.

Kan sia-sia je tu. #hambar

.Catatan kembara
Irwan Dahnil
Swiss Menyeru, Kashmir Merindu

Nota : Kalau nak maklumat lebih tentang open trip, boleh join sini ya https://m.me/j/AbYy64Dhm-ec6pLQ/

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply