Salam Sejahtera,
Akhirnya berjaya juga saya buat recovery untuk posting kali ini. Nasib baik ada back-up. Lega.. Dapat juga saya sambung ‘kuliah’ kita..
Hari #4 – Being Creative
So bercerita tentang SMSGrup yang ingin saya mulakan, hari ini saya cuma ingin menjadi lebih kretif dengan mengembangkan idea asal kepada sistem SMS yang pelbagai guna. Bukan hanya untuk saya, tetapi juga oleh group2 yang lain.
Saya rasa SMSGrup ini juga boleh digunakan untuk pelbagai golongan kumpulan juga. Antaranya (Setakat yang saya boleh fikirkan) :
1. Ahli Persatuan dan Kelab
2. Ahli Jawatankuasa
3. Staff dan Kakitangan Organisasi
4. Customer Loyalty Program
5. Multilevel Marketing Group
6. Webmaster
Adalah perlu saya membuat “brain-storming†beberapa golongan atau kumpulan yang sesuai menggunakan SMSGrup. Ini adalah untuk memudahkan saya merancang pemasaran dan promosi kelak. Walaupun perniagaan SMS yang saya rancang ditujukan untuk pengurus projek ICT, tetapi cuba lihat saya telah memikirkan bersama beberapa prospek pelanggan yang mungkin wujud. Saya juga buat sedikit perkiraan, berapa besar pasaran atau berapa ramai agaknya orang yang mahu menggunakan SMSGrup ini. Secara mudahnya saya anggarkan kira-kira 10,000 orang akan menggunakan SMSGrup dalam masa 12 bulan. Ada logiknya….. itu belum dikira-kirakan hasil pulangan dari segi kewangan…
Itu sahaja untuk hari #4.. Nanti saya sambung lagi ok… 🙂