Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Ketika pertemuan saya dengan Team Saifulsham awal bulan ini, Sabri ada menyampaikan pada saya tentang kerisauan beliau tentang bermacam-macam penipuan melalui SMS. Lebih dikenali sebagai SMS SCAM, pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan oleh si penipu untuk memanipulasikan, menipu, dan menyalahgunakan SMS.
Yang paling popular adalah seperti penipuan kuiz Akademi Fantasia yang menawarkan hadiah yang lumayan. Kalau fikir-fikirkan adalah sangat tidak logik kerana untuk memenangi hadiah, mangsa perlu mendepositkan sejumlah wang. Kalau betul jadi pemenang, mengapa perlu membayar pula? Dalam ketidaklogikan itu, masih ramai pula yang jadi mangsa. Begitu mudah…
Pada saya penipuan SMS ini boleh dilakukan dalam 2 pendekatan. Satu, dengan menggunakan SMS sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang tidak betul atau menyeleweng, dan yang kedua menggunakan teknologi SMS dengan memanipulaskan konsep ‘reverse billing’ untuk mengenakan caj yang tidak dipersetujui oleh pelanggan.
Ini berlaku dalam beberapa kes dimana ada sesetengah perkhidmatan langganan tidak boleh dihentikan. Sebagai contoh, Ali melanggan SMS tips kesihatan. Setiap SMS yang diterima adalah RM1. Untuk menghentikan langganan Ali sepatutnya menaip STOP dan menghantarkan ke 322xx. Tetapi lepas taip stop berkali-kali pun, masih tak stop2 juga. Tau-tau, tiap2 bulan dapat bil handphone yang tertera caj-caj tertentu.
Kemarahan Ali tak boleh nak distopkan, apabila beliau terus dicajkan RM1 setiap kali menerima SMS yang diterima, tanpa kerelaaan .
Kes ini bukan hanya berlaku pada Ali, malah saya percaya, ratusan lagi mungkin ribuan lagi di kalangan ANDA di luar sana. Malah kes-kes macam inilah yang menjadikan orang lebih berhati-hati atau lebih teruk lagi menjauhi perniagaan berasaskan SMS.
Walau begitu, seperti yang sedia maklum MCMC telah cuba sedaya upaya melindungi dari kes-kes ini. Malah mereka yang menjalankan perniagaan sebenarnya SMS (genuine SMS content provider) juga mahukan mereka2 yang menjadi ‘buah epal busuk’ ini ditendang keluar. Sama ada mereka ini dikenakan tindakan undang-undang atau seumpamanya. Tentunya sekiranya laporan dari pelanggan-pelanggan yang terasa tertipu dan inginkan wang mereka semula, laporan boleh dibuat.
Sekadar rujukan, laporan akhbar The Star pada minggu lalu menyatakan bahawa salah satu penyedia perkhidmatan SMS Gateway telah memulangkan semula wang pelanggan yang dikatakan telah discam dan nombor-nombor 5 digit 33380,36116,36226 telah ditamatkan perkhidmatan. Nombor 32400 pula akan disekat tidak lama lagi. Untuk laporan penuh boleh rujuk di akhbar The Star.
“PETALING JAYA: SMS gateway provider Macrokiosk Berhad has refunded customers who had received unsolicited SMS, its chief operating officer Henry Goh said.Macrokiosk Berhad had received three non-compliance warnings from the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) for sending the unsolicited SMS.MCMC had also suspended four of Macrokiosk’s SMS short codes as the SMS continued to be sent and the public charged for it.Goh said customers – whether prepaid or post-paid users – were refunded after the short codes were suspended.
According to statistics given by Goh, 448 customers were affected and the refunds to them amounted to RM1,103.20. “However, the total loss in potential revenue for us amounted to slightly over RM1mil due to the suspensions,†he added. Goh said this proved that there was no reason why the company, which had interests in 10 countries, would want to scam customers.
He said the suspensions of three short codes 33380, 36116 and 36226 had already been lifted by MCMC while the fourth, 32400, would be lifted soon. He also said that in all three instances, SMS continued to be sent to customers, although they had asked for it to stop, because of technical glitches.Goh added that the company processed more than one million SMS a day and as with any industry, there were bound to be glitches or bugs.”
Perkara-perkara inilah yang kita tidak mahu dalam industri. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelangan. Abes semua orang jadi takut.
Semoga industri ini terus dilindungi!