Pakai Tie Boleh, Pakai T-shirt Pun Boleh ?

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Minggu lepas tidak berkesempatan untuk kemaskinikan blog ini. Sebenarnya saya dalam ‘kesusahan’ ketika ini. Ketika ini, rumah saya 200 meter terkeluar dari kawasan lingkungan perkhidmatan Streamyx, Celcom & Maxis Broadband pula tiada coverage. Jadi saya hanya bergantung kepada GPRS telefon bimbit saya atau talian ‘dail-up’ seperti kura-kura… Walaupun office cuma 5 minit dari rumah, tetapi saya lagi gemar buat kerja di rumah kerana saya dapati saya tidak ‘diganggu’ dengan urusan rasmi yang lain ….

Nak tak nak, kene juga pegi office, atau bertahan dengan perkhidmatan mana yang ada…

Pernahkah anda menghadiri temuduga ? Sekiranya pernah, apakah yang anda utamakan terlebih dahulu? Adakah penampilan anda, atau keupayaan anda untuk menjawab soalan temuduga ?

Saya teringat ketika mula-mula saya ditemuduga untuk jawatan sebagai engineer di sebuah bank 9 tahun yang lalu. Ketika menunggu giliran saya untuk ditemuduga, saya sempat bertanya mamat sebelah saya (ada 4 orang yang ditemuramah,3 lelaki sorang wanita), “Saudara ni datang interview jawatan apa ?”. ” Network Engineer”, jawab mamat tu.. jawatan yang sama yang saya pohon…
Tetapi apa yang buat saya bertanya (dah tekejut sikit) tengok pakaian dia macam ‘selekeh’ je, pakai t-shirt, jeans dan kasut sniker je sedangkan saya ketika itu dah siap berpakai tie (cuma tak pakai kot je) dan kasut yang polish berkilat!

Saya jadi konfius… Boleh ke kita berpakaian macam tu ? Pada hakikatnya jawatan engineer tu memang la tak de pakai kemas2 sangat, tapi adakah jeans dan t-shirt boleh diterima ?

Di dalam seminar perniagaan seperti internet dan SMS, sekarang konsep kerja dari rumah di war-warkan dan mula diterima. Takkan pakai kot dan tie juga dirumah ye tak?

Anyway, itu pandangan saya dahulu. Sekarang saya sudah sedar bahawa imej yang dibawa oleh seseorang itu lebih penting dari apa yang dipakainya. Tetapi apa yang dipakai akan mewakili imej seseorang. Jadi ia berkait!

Imej dicipta dengan pelbagai ramuan seperti penampilan fizikal, pakaian, suara, tingkah laku, cara kita mengutarakan pandangan dan bagaimana kita bersosialisasi. Berpakaianlah mengikut imej yang kita mahu, dan bukan mengikut imej2 orang lain..

Hakikatnya sekarang, sama ada ada berkemeja, atau t-shirt,jeans atau bertali leher, tidak salah. Kuncinya perlu sesuai dengan imej yang kita bawa dalam sesuatu masa.

So tidak hairan, mengapa Azizi Ali berpakaian kot dan tie, manakala Irfan Khairi memilih untuk berpakaian simple dan kemas. Sedar atau tidak, apa pun yang lekat dibadan mereka, imej mereka tetapi tidak tercalar!

Kuiz Untuk Anda : Apakah imej yang anda ingin tampilkan dalam perniagaan anda? Santai atau serius ? Apakah pakaian anda sesuai dengan imej yang anda ingin bawakan ?

p/s : Saya sedang mencari imej yang tepat. Boleh kah anda bantu saya? Anda pasti dah tahu Akademisms.com dah bertukar imej @ baju baru. Apa pendapat anda? Sesuai tak imej tu dengan saya rasanya ? 🙂

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply