You are currently viewing Pengalaman Menaiki Pakistan Airlines

Pengalaman Menaiki Pakistan Airlines

Route : K.Lumpur – Islamabad
.
Aku nak share sikit tips naik flight PIA ni. Post ni panjang, tapi aku tulis juga takut lupa.
.
Skytrax bagi taraf 2 bintang je. Sekadar perbandingan flight Emirates, Qatar atau MAS 4 bintang.Dan Airasia 3 bintang.
.
So boleh faham la PIA ni lebih rendah lagi.
.
Plus point. Sebab satu-satunya penerbangan direct ke Islamabad selama 6 jam. Flight lain tu, akan transit dan harga RM1,000 lebih mahal.
.
Aku decide to go for PIA. Pengalaman aku naik flight berstatus 2 bintang.
.
Urusan Check In.
.
Sehari sebelum penerbangan, aku try web check-in gagal. 6 jam sebelum penerbangan pun masih tak boleh.
.
Ghisau dah.
.
Maksudnya tak boleh pilih seat, selain dari pilihan berbayar. Aku decide pergi KLIA 3 jam lebih awal. Hati tak sedap dah.
.
Tuddia, kaunter M tengok dah panjang beratur sampai ke pintu.
.
“PIA memang tak boleh web check-in”, kata budak urus kaunter tu.
.
Aku baru tau, so memang kena datang awal 3 jam ke airport untuk elak kesesakan.
.
Luggage Allowance
.
Cuma aku perasan PIA ni pemurah 40kg checkin luggage, so ramai bawa berkotak barang. Uruskan check in ni jadi lama sikit.
.
Nota : 40kg check-in luggage is combined weight. Maksimum 3 bag.
.
Kalau beratur untuk security clearance yang ada Xray tu, korang elakkan follow orang yang bawa banyak barang.
.
Sebab bila scan je, macam-macam benda kantoi dia bawak. So security clearance jadi lama.
.
Follow barisan orang Malaysia, laju je lepas security.
.
Jenis Pesawat
.
Bila masuk flight, aroma kurang segar. Sesetengah kerusi berbau seperti hapak dan masam.
.
Jenis flight Boeing 3777. Uzur sangat. Ada screen TV. Tapi jenis TFT, tahun 2000 aku rasa. Jangan harap la ada touch screen bagai.
.
Lagi sakit, screen pun tak boleh on. Memang dah jahanam, sekadar hiasan sahaja kat situ. Nasib baik aku dah donlot Nepliks. Leh layan Korea oppa.
.
Kerusi pun dah rosak, boleh baring ke belakang, tapi tak boleh nak tegak. Dan papan belakang kerusi pun dah tercabut.
.
Bila intai keluar, sayap flight pun dah berkarat-karat.
.
Sebab penerbangan hanya 6 jam, aku pergi toilet cuma sekali. Masih bersih.
.
Flight Crew
.
Ramai kata stewardess dia tua-tua.
.
Bukan tua aku dapat kali ni. Muda je, tapi muka macam banyak masalah. Wangi gak, macam airlines lain.
.
Cuma mungkin tak ramping je. So far okay, aku sembang dia layan je pakai bahasa isyarat kalau tak faham. Hahaha.
.
Mungkin hospitality, kurang sikit. “Turn off phone..” Macam bagi arahan garang2 gitu.
.
Pun kurang fasih berbahasa Melayu ketika buat pengumuman kat KLIA.

“Sesiapa ada baju meninggal kat ruang menunggu, boleh kenalkan diri anda.”
.
Meninggal? Mengekek gelak makcikĀ² sebawang dengan aku dalam flight tu.
.
In Flight Meal
.
Bab makan menyelamatkan keadaan. Sekali hidangan sepanjang 6 jam. Ada pilihan. Sama ada chicken masala, atau chicken grill.
.
Dia tak tanya kau nak makan apa. Dia bagi random. Nasib la dapat yang mana.
.
Tapi sedap ya rabbi. Nasi steam dengan chicken masa tu sangat cukup rasa. Salad pun sedap dan juga manisan keer yang dibuat dari beras tu, sungguh berlemak enak.
.
Cuma masa nak bagi air minum, dia hulur cawan kertas hijau. Kemudian dia isi air. Tak payah demand air macam2, apa yang ada,.itula di tuangnya.
.
Terasa macam cawan minum Milo tepi padang masa sukan sekolah. Bukan serving seperti biasa.
.
Overall, selayaknya PIA cuma 2 bintang. Bukan sekadar basic, tapi keadaan flight yang uzur tu memang something yang penting juga untuk terbang dengan selesa. Yang penting selamat. Bagi aku, PIA masih tetap pilihan terbaik untuk penerbangan terus ke Islamabad.

Terbang lagi ngan PIA? Insyallah.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply