You are currently viewing 7 Pengalaman Makanan Pakistan Terpaling Layan

7 Pengalaman Makanan Pakistan Terpaling Layan

Sebab dah biasa travel di Europe, aku tak ambil peduli sangat bab makan. Sedap ke tidak, aku cuma nak survive sepanjang travel.
.
Trip healing ke Pakistan berbeza.
.
Sebaik naik flight, hidangan disediakan sedap belaka. So aku nak share kali ini, makanan yang recommended.. Boleh share atau save post ni for future reference.

1. Biryani / Pilao
.
Beras Basmathi yang dimasak bersama rempah asli dan citarasa pilihan ayam, daging, kambing atau makanan laut.
.
Nasi Biryani Ayam dihidangkan dengan hirisan bawang besar, tomato, timun, lemon dan yogurt salad.
.
Enak, maka tidak hairanlah kenapa Nasi Biryani dinobatkan sebagai Nasi Kebangsaan di Pakistan.
.
Pelengkap hidangan adalah Kofta atau Bebola Daging yang diadunkan dengan rempah ratus yang dicelup bersama kuah kari, juga dicampur dengan kacang dhal.
.
2. Minuman
.
Sepanjang trip, air rasmi adalah air mineral yang dituang dari botol.
.
Aku ingat hanya dalam flight sahaja, rupanya itulah juga dihidang di hotel 4 bintang. Kena minum air banyak.
.
Satu lagi, korang kena cuba Chai. Mungkin sama dengan teh tarik tapi tanpa buih.
.
Teh yang dicampur dengan susu. Tapi bukan susu tin gitu, tapi susu segar dari ladang yang dimasak panas.
.
Lepas makan briyani, layan pula chai sechawan, nikmat tembus ke langit.

3. Pemanis
.
Kheer ialah puding beras yang berkrim dimasak bersama susu, beras, gula dan digaul sebati dengan buah-buahan.
.
Gabungan kekacang seperti badam, pistachios, dan kacang untuk memberikannya warna yang menarik.
.
First time masa dalam flight dihidang sejuk. Sedap. Tapi masa dihidang panas pun, sangat menyelerakan. Aromanya naik dan tidak terlalu manis.
.
Selain dari Kheer, manisan kebiasaan yang dijual di kedai termasuklah Laddu, Gulab Jamun, dan berjenis puding. Aku tak la try, sebab aku dah pernah makan dulu.
.
4. Hidangan Lauk
.
Sebagai penternak kambing keempat terbesar di dunia, di Pakistan hari-hari boleh makan kambing la. Maka Mutton Yakhni yang kelihatan seperti Kambing Masak Kurma, sungguh terkenal.
.
Satu lagi adalah hidangan lauk dalam bekas yang dipanggil Karahi. Chicken atau Lamb Kahari rasanya memang enak.
.
Eniwei, pernah makan Yak? Yak ni binatang la.. Bukan Yak Yak Yey!
.
Pengalaman aku pertama kali makan yak dagingnya seumpama lembu, tetapi lebih sedikit pejal. Kena dengan cara masakan, ia dimasak lembut dengan gulai (alamak, aku tak ingat nama gulai apa..)
.
Bagi vegetarian seperti Aloo Matar dan Dhal Tarka pun ada.
.
5. Sarapan
.
Yang ini agak dry la aku rasa. So far, tak banyak hotel aku tengok beri breakfast yang pelbagai.
.
Telur, roti nan, dhal, kopi atau teh. Repeat.
.
Sesekali adalah juga fruit slices. Jadilah.
.
6. Western Food
.
Sebab dah berhari makan menu sama, kami pergi terjah ke beberapa kedai Western. Sat aku lupa nama kedai.. Nanti aku update. (Pamir Pizza, ada banyak cawangan juga aku tengok)
.
Tapi kami makan pizza, spagetti, pasta dan burger. Dan buat pertama kalinya selepas makan tu, kami layan minum Coke.
.
Fastforward, beberapa hari lepas tu, Coke sentiasa ada di meja. Lain macam ketagih air gula, lepas berhari-hari minum air mineral. Nikmat yakmat.

7. Hidangan Ikan Trout
.
Pertama kali kami layan di pekan Naran. Sejuk2 malam menapak ke gerai yang bakar ikan ini segar.
.
Ikan trout yang dipanggang atau digoreng dengan perahan limau nipis dan sambal istimewanya. Pengalaman gastronomi yang tak terungkap dengan kata-kata tentang kesedapannya.
.
Makan ikan trout saja tanpa menu lain pun cukup. Simple, but nice.
.
Rupanya di Kaghan Valley adalah lembah penternakan ikan trout. Kebetulan sewaktu itu, memang musim ketika aliran Sungai Kunhar yang deras menyemarakkan lagi pembiakan ikan trout.
.
It a must, 2 hari terakhir kami makan di meja hidangan dalam sungai.
.
Ala, style macam meja hidangan letak atas sungai, kau buka kasut rendam kaki, duduk kat kerusi dan santaiĀ² healing.

Terima kasih team aku yang pemakan. Una, Lin, Anis dan Is. Dan juga Keif yang jaga kami dengan baik, dan Saifullah yang membawa kami ke seluruh Utara Pakistan dengan selamat.
.
Balik Malaysia berat aku naik lagi 5 kilo. Entah mana celah healing trip kali ni.
.
Gendang gendung tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
.
Yak yak yea!!!!
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
North Pakistan
Kembara Asia
.
Nota : Ramai tanya trip ke Pakistan, boleh whatsapp direct ya

www.wasap.my/60105730245/idpak
www.wasap.my/60105730245/idpak
www.wasap.my/60105730245/idpak

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply