Utara Pakistan yang cantik ni sangat luas ya kawan-kawan.
.
Melintang dari timur Gilgit-Baltistan sahaja sehingga ke Khyber Pakhtunkhwa (KPK) ada beberapa wilayah yang menjangkau lebih 200 kilometer persegi. Dan banjaran pergunungan glacier yang terpanjang di luar kawasan polar. Hebat!
.
Jadi berapa lama masa untuk travel ke sini? Ia bergantung kepada kelapangan masa dan aktiviti.
.
Bagi yang ada masa yang pendek, cuti terhad, boleh habiskan itinerary yang lebih singkat 8 hari.
Ini cukup puas untuk menikmati Islamabad, terbang ke Skardu dan menikmati indahnya Hunza yang merentasi 3 banjaran pergunungan puncak bersalji Himalaya, Karakorum dan Hindukush.
.
Itinerary ini sesuai untuk bersantai, tenang dan padan dengan cuti yang mendamaikan.
.
Healing di Pakistan untuk keluarga, anak-anak dan warga emas, tanpa perlu aktiviti lasak dan fizikal yang keras.
.
Ini bagi aku sesuai untuk kebanyakan orang Malaysia.
.
Sebaliknya Bagi yang mahu merasai lebih adventura, itinerary 12 hari diperlukan membolehkan aktiviti lasak yang membawa ke kawasan lebih terpencil di dalam perkampungan.
Aktiviti melonjak adrinalin. Seperti menaiki jeep 4×4 merentasi sungai melalui jambatan gantung yang berhayun ke Basho Meadows contohnya.
Kemudian terus mendaki lereng pergunungan selama lebih 1 jam. Jalannya kasar, tidak beraspal, jeep meloncat tinggi. Boleh teralih juga punggung dari dari kerusi!
.
Atau aktiviti ke Fairy Meadows yang memerlukan ketahanan untuk berjalan kaki, hiking dan berkuda sehingga sampai ke tempatnya.
.
Selalunya bila jeep naik mendari gunung melalui tebing tinggi, pemandu akan mainkan lagu yang kuat di radio. Untuk melengahkan kita supaya tidak terlalu gementar ketika jeep merangkak naik ke puncak.
.
Begitu juga aktiviti sekitar Deosai, Kaghan atau Chilas. Memang pemandangan cantik, tetapi aktivitinya mungkin lebih sesuai untuk orang yang kuat fizikal dan berkeupayaan untuk bergerak cergas.
.
Dan berapa ramai dari kita boleh ambil cuti selama 12 hari? Sedangkan cuti sekolah zaman sekarang ni cukup pendek sekitar seminggu sahaja.
.
Bagi yang mahu lebih lama ke Pakistan, tentu boleh sahaja. Mungkin sudah boleh mengenali budaya dan orang tempatan disini.
.
Tidak seperti Kashmir di India yang cukup dalam masa seminggu sahaja, Pakistan ini lebih banyak tarikan. Cuma pada kita sendiri kena pandai pilih itinerary yang sesuai dengan cuti dan ketahanan badan.
.
Ukur baju di badan sendiri. Pandai-pandai pilih itinerary.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Rakaposhi Viewpoint