You are currently viewing Pengumuman : Perubahan Kandungan Blog

Pengumuman : Perubahan Kandungan Blog

+ Blog ini saya sedang kemaskini setelah hampir 4 tahun meninggalkan ia usang.

+ Hidup telah berubah 360 darjah dari kali terakhir saya menulis blog ini.

+ Kandungan baru blog kini akan lebih bersifat peribadi, mencatat perjalanan dan mengutip pengalaman. Ya. Hobi baru saya adalah kembara.Menjelah dunia dari satu hujung ke hujungnya. Ada 501 tempat istimewa yang mahu saya singgahi.

+ Bagi yang masih mencari maklumat mengenai perniagaan dan usahawan, saya telah ciptakan satu kategori Usahawan & Bisnes. Di dalam kategori tersebut, saya arkibkan tidak kurang 300 post lalu yang berkaitan. Post itu adalah himpunan catatan usahawan saya sejak tahun 2006.

+ Saya tidak menghalang subscribers dan followers yang ingin meninggalkan blog ini. Hanya perlu unsubscriber sahaja dalam mailing list. Saya memohon maaf sekiranya blog ini tidak lagi memberi manfaat kepada pembaca.

+ Sepanjang proses pengemaskinian blog ini, mungkin ada pautan yang tidak aktif, rosak atau tidak teratur. Masalah ini sedang saya susun semula akan dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin.

Sekian, harap maklum.

Irwan Dahnil
18/05/2015

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply