Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Hari ini saya nak tukar angin sedikit. Selalunya catatan blog saya asyik2 dengan perniagaan, kali ini kita tukar angin sedikit. Amacam? Kita santai…
Anda pernah pergi Semporna ? Hujung minggu lalu saya sempat sampai ke sana. Semporna adalah kawasan yang terletak di Sabah dan terkenal dengan industri pelancongannya. Kalau anda naik flight dari KLIA, perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 45 minit dan akan mendarat di lapangan terbang Tawau. Dari airport, akan mengambil masa kira2 1 jam 15 minit menuju ke Semporna.
Boleh tahan juga boringnya perjalanan menaiki bas kerana kanan dan kiri hanya dihiasi dengan pokok kelapa sawit. Maklumlah, Tawau memang terkenal dengan pengeluaran hasil ladang kelapa sawit. Tapi bila sampai di pelabuhan Semporna, hati saya tidak berhenti-henti memuji kebesaran Pencipta. Yang paling istimewa, kawasan perairan Semporna ini tidak bergelora seperti pantai atau lautan yang lain. Memang cantik, dan jarang saya lihat keadaan macam tu. Airnya tenang seolah-olah air di tasik. Anda akan lihat suasana perkambungan yang memang tenang. Perumahan di atas air dan aktiviti perikanan yang sedang berlaku. Memang syiok! 🙂
Kali ini, saya pergi bersama kumpulan seramai 40 orang yang optimis dengan perniagaan yang sedang giat diusahakan di perairan Semporna. Disebabkan perairan yang tenang, maka pelbagai bentuk aktiviti ekonomi yang dijalankan. Selain dari menjadi nelayan dan perdagangan kecil, antara aktiviti ekonomi yang dijalankan di sini adalah menanam rumpai laut.
Nak dikatakan tanaman pun seakan-akan janggal sebab rumpai laut @ seaweed tu di tanam di dalam laut. Dengan air laut yang tenang menjadi faktor mengapa seaweed ini ditanam disini. Benih seaweed yang diikat pada tali, dan diletakkan pelampung2 kecil bulat kemudian dilepaskan ke laut dalam bentuk unjuran panjang. Setiap unjuran tali itu berukuran antara 300 sehingga 600 meter. Dan dalam masa 45 hari setiap unjuran itu boleh dituai dan dijangkakan menghasilkan 1 tan seaweed.
Bagi anda yang tidak tahu @ pertama kali dengar tentang seaweed, meh saya berkongsi sedikit maklumat. Seaweed adalah alga lautan yang mempunyai keupayaan untuk menyimpan air dalam tangkai2nya. Negara Jepun antara yang menggunakan seaweed bermula 1500 tahun dahulu untuk pelbagai guna. Antaranya, kalau anda pernah makan sushi, cuba tengok kalau2 ada seaweed dalam tu 🙂 Selain tu terdapat pelbagai guna lagi seaweed ni.
Yang menariknya, seaweed ini tak la sesusah mana untuk diternak @ di tanam. Main lepas je kat laut dan penjagaan yang minimum. Cuma faktor keadaan laut yang tenang dan juga benih yang mahal mungkin menjadi antara mengapa seaweed ini jarang dilakukan secara skala besar.
Inilah antara aktiviti santai saya. Bole consider trip to Semporna ni sebagai business trip juga lah kan 🙂 Saya akan sambung lagi catatan santai saya pada masa akan datang
p/s : Santai tetap santai. Tapi yang penting tu ilmu business seaweed tu yang menarik tu. Nanti saya sharekan lagi bagaimana keunikan penanaman seaweed ni dengan kos buruh yang sangat rendah! Memang teringin nak buat…