Tanda2 Hari Raya Sudah Hampir..

Salam Sejahtera,

Sengaja saya tulis blog ni ketika semua umat Islam sedang menghadapi hari2 terakhir Ramadhan. Sebenarnya saya sudah mula bercuti dari kerja2 pejabat sejak semalam dan terus pulang ke ‘kampung halaman’. Walaupun masih awal, tetapi saya sudah rasakan ‘bahang’ hari raya..(** Kampung saya di Selayang je 🙂 )

Hari ini sekadar bercakap2 kosong, tiada apa2 content berkenaan dengan keusahawanan yang khusus. Saya sedang dalam proses untuk menyiapkan Projek Ebook dan juga ‘up-lifting’ blog ni.. Asyik2 warna hijau je, saya rasa nak tukar jadi warna biru bermula hari raya nanti .. Amacam?

Bila hari raya menjelang, ada pelbagai simptom2 serius yang berlaku di Malaysia;

1. Kalau di pejabat, dah rasa semacam je nak pegi office.. mood nak keje pun dah menurun, kerja pun semakin menimbun. Bisik hati “Takpe lah.. siapkan lepas raya”

2. Jalan Tunku Abdul Rahman akan mula jem.. setiap hujung minggu
3. Mengira cuti lebih dari 3 kali.. kalau2 boleh nak extend cuti semaksima mungkin

4. Memastikan tiket bas yang dibeli adalah asli dan tulen. Akan beberapa kali call syarikat bas untuk pengesahan.

5. Dah tak tulis + terima kad raya. Sebaliknya mengira jumlah kad yang diterima tahun ini, dan ready2 nak gantung2…

6. Iklan2 di TV mula memaparkan iklan khusus perayaan, biasanya iklan yang ‘touching’ atau ada moral of the story..

7. Blog anda terasa sepi, dan anda akan terasa bercakap sorang2 di bulan Ramadhan  

Huhu.. banyak betul simptom2 yang ‘tak brapa sedap didengar’.. Tak pe lah.. saya simpan. Orang kata, “Raya setahun sekali….”

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply